Posts

Showing posts from 2015

TAHUN BARU

Image
 Assalamualaikum.. Blog… ohh… blog… Dah lama aku tak mencurahkan pendapat atau kata2 kat dalam blog aku ni. biasalah dulu bila aku tak bekerja, banyaklah masa untuk aku luangkan dengan menulis dekat blog, menulis novel dan macam2 lagi. Tapi sejak hampir masuk 5 bulan menerima gaji ni, aku jadi jarang buat semua tu. bukan tu je, tengok tv pun aku dah kurang sekarang ni. biasanya lepas balik dari kerja, mesti tidur terus sebelum aku buat apa2. Jadi memang aku tidak ada masa untuk buat semua tu. sekaranng ni pun aku baru je lepas balik dari kerja. Jadi sebelum mula melelapkan mata aku yang sudah semestinya berat ni, baik aku menulis dahulu sebelum semua yang ada dalam kepala aku ni, hilang begitu sahaja. Mula2 sekali, dalam lebih kurang 20 hari lagi kita akan masuk ke dalam tahun baharu iaitu tahun 2016. Ini juga bermaksud, bermulalah azam baharu bagi sesetengah masyarakat dah mungkin juga masih ada yang meneruskan azam awal tahun lepas yang masih belum terlaksana. Ta

DIA DATANG TAIPING

Image
Assalamualaikum... Dah lama rasanya blog aq ni x terusik... bnyak benda dah terlepas untuk aq kongsi kan dalam blog aq ni... tapi yang pasti walau aq tak kongsikan kisah hidup dan perjalan yang berlaku dalam seharian aku in, kehidupan aku aasih seperti biasa dan masih ada bahagia dan juga sedikit kesedihan... hehehe... Tapi kali ni aku nak ceritakan satu benda, sabtu lepas (19.09.2015) satu satunya abang angkat aku telah datang ke Taiping yang merupakan tempat yang telah menjadi rumah baru aku... bukan aku nak cakap yang dia tak pernah datang atau tak pernah jejak kan kaki di Taiping ni, tapi sebenarnya dia pertama kali datang ke Taiping tanpa membawa urusan kerja. Dan kali ini dia datang hanya dengan satu tujuan, iaitu untuk melawat aku.. terharu aku rasa bila aq dengar yang dia sanggup habiskan duit dengan belu tiket kereta api semata2 untuk melawat adik dia ni yg dh lama tak jumpa... terharu sngat... Semasa dia ada dekat sini, tak banyak tempat yang boleh aku bawak

SALAM LEBARAN 2015

Image
Assalamualaikum... Terlebih dahulu ingin insan yang biasa ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI. Ingin diri ini memohon maaf atas kesalahan dan kesilapan yang pernah diri ini lakukan sama ada sengaja mahupun tidak sengaja. Terutama pada yang mengenali diri ini. Sahabat, keluarga dan juga yg hanya mengenali dari jauh (pembaca blog saya ini). Tahu ini merupakan tahun yang begitu lain dari tahun-tahun yang sebelumnya. Tahun ini buat kali pertama aku berpuasa selama satu bulan di rumah ayah aq di Kamunting. Tahun ini merupakan tahun yang pertama aku menyambut hari lebaran disini. Serius aku cakap yang sedih juga sebab tahun ni aku tak dapat nak beraya dengan mak cik dan pak cik aku yang ada, dan aku tak dapat nak beraya dengan sahabat-sahabat aku. Tahun ni aku terasa aku beraya di perantauan sedangkan aq sedang ada di rumah sendiri. Aku tak tahu nak terangkan bagaimana, tapi aku terasa tahun ini cukup berbeza dengan raya tahun yang sudah. Tapi aku tahu yan

AKU JIWANG???

Image
Assalamualaikum… “ Siapa daku dihati mu? ” “ Adakah kau menyayangi diri ku? ” Kalau semua nak tahu, sejak akhir-akhir ni beginilah perasaan yang menyelubungi hati aku yang sedang dilanda masalah. Atau dengan lebih tepatnya, masalah dengan hati dan juga perasaan. Sebenarnya aku sendiri pun peliklah dengan diri aku ni. Bila aku jatuh cinta aku menyayangi seseorang, pasti hati aku akan jadi jiwang dan dengan lagu yang cinta-cinta. Padahal aku bab cinta-cinta dan juga bab jiwang ni yang aku cuba nak jauhkan sebab bagi aku semua ni menyusahkan diri sendiri dan juga orang yang berada disekeliling. Tapi bila cinta itu datang jug, aku jadi cair macam ais. Aku cukup pelik. Atau itu memang lumrah seorang manusia yang mempunyai perasaaan dan hati? Adakah? Tapi yang pasti, apa yang aku nampak. Kadang-kadang apabila kita mempunyai perasaan yang macam ni, sebenarnya elok untuk satu hubungan. Tapi kadang-kadang sebaliknya kerana jika kita terlalu ikutkan hati yang jiw

CAMERON HIGHLAND

Image
Assalamualaikum… Ni lagi satu post dalam masa satu hari. Hahaha.. Ni la padahnya bila dah lama tak masuk kan entry baru dalam blog, jadi semua kene masukkan sekali dalam masa satu hari. Penatnya nak menulis. Tapi masih mahu kongsikan pengalaman aku dengan rakan aku. Hehehe.. Ni pula pengalaman aku dengan kawan2 aku ketika pergi ke Cameron Highland. Walau benda ni tak dirancang dan dirancang dalam keadaan yang begitu tergesaw, tetapi alhamdulillah semuanya menjadi dan berlajan dengan lancar. Terima kasih pada yang sudi belanja kami yang masih tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan ini. hehehe.. Dan yang paling seronok adalah, aku dan Hidayah mendapat kawan baru. Dan nasib baiklah Elly ni sekepala dengan kita orang. Kalau tak aku rasa mahu tinggalkan je dia dekat ladang teh tu. Biar dia kerja dekat situ. Tapi dia memang baik, Insyallah kita boleh kawan sampai bila2. Amin…  DAH GELAP PUN, MASIH NAK TANGKAP GAMBAR LAGI.. TAMAN LAVENDER HELLO..

TAIPING!!! KAMI DATANG..

Image
Assalamualaikum… Hai… Sejak akhir2 ni aku dah jarang postkan benda baru dalam blog aku ni. Biasalah bila rumah ngah kelam kabut, Tak ada masa nak buat semua benda ni. Gaya aku tulis macam ramai je yang visit aku punya blog ni kan? Padahal hanya beberapa kerat je. Tapi yang pasti aku masuk kan benda yang berkaitan dengn diri aku, keluarga mahupun kawan aku, Bukan untuk mengharapkan korang masuk blog aku. Tetapi hanya mahu berkongsi kegembiraan dan kesedihan aku. (walau ada yang mungkin tak suka.) Okey, hari ni aku nak cerita pasal aktiviti yang yang hampir sebulan pun lepas. (biasalah sibuk sikit). Iaitu aktiviti aku dan kawan2 aku yang datang membuat lawatan ke Taiping, Perak. Walau rancangan yang kami buat ni pada mulanya mengalami pelbagai rintangan (biar kami saja yang tahu), tetapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar akhirnya. Walau ada yang tak dapat join aktiviti kami ni, tapi insyallah akan ada yang lain nanti. Perancangan awal kami, nak naik Bukit Larut yang a

KEHILANGAN LOGIKAL

Assalamualaikum.. Siapa dalam dunia ni yang tidak pernag jatuh cinta? Siapa dalam dunia ni yang tak pernah menyayangi seseorang atau disayangi oleh seseorang? Walaupun sekali? Siapa boleh mengaku?  Tetapi bagi aku, semua orang pada zaman moden sekarang pasti pernah dalam hidup mereka walau sekali jatuh cinta. Sebab apa aku berani cakap macam tu? Sebabnya budak darjah 1 zaman sekarang pun dah pandai bersayang-sayang denga awek atau teman lelaki mereka dalam facebook atau apa sahaja laman sosial. Jadi sebab tu aku berani kata yang pada zaman sekarang begitu susah untuk mencari seseorang yang masih suci dalam percintaan. Begitu juga aku. Aku pernah menyayangi dan di sayangi seseorang untuk beberapa kali. Hati aku pernah beberapa kali jatuh cinta dengan seseorang yang aku fikir mampu membuat aku tersenyum, membuat aku gembira dan juga mampu menjadi penaik semangat untuk aku. Tapi ada betul juga kata orang lain, yang kebanyakan cinta pada zaman persekolah adalah cinta monyet.

KEMBALI BERSUARA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku dah lama x menulis dekat blog ni atau dalam kata lainnya aku dah lama x update. Aku kebelakangan ni sibuk sikit dengan urusan aku nak smbung belajar, sibuk dengan urusan nak pindah dari Ipoh ke Taiping dan juga sbuk menjaga hati2 orang sekeliling aku tidak kira lama atau baru. Bab sambung belajar tu. Ya, aku akan sambung ambil ijazah selepas hampir setahun setengah aku menganggur tanpa ada sebarang hasil yang aku lakukan. Sampaikan apa yang aku buat tu, telah mendatangkan dosa kering pada orang sekeliling aku. Sebab apa aku cakap macam tu? sebabnya ialah, aku yang x belajar dan x bekerja ni buatkan da sesetengah orang yang suka menjaga tepi kain orang lain, membawa mulut pasal aku. Dan tidak cukup dengan itu, boleh pulak kaitkan dengan family aku yang tak da kena mngena. Sbor je la. Bab pindah Taiping ni pulak. Sejak opah aku jatuh aritu, aku buat kputusan sudah smpai masanya untuk aku pindak ke Taiping dimana rumah keluarga aku s

INTAN'S WEDDING & KELLIE'S CASTLE

Image
Assalamualaikum... Alhamdulillah... Tanggal 6hbFebruari, kwan baik aku INTAN NORDIANA telah selamat dinikahkan bersama lelaki pilihan diam, BOY. Aku rasa sngat seronok bila melihat yang perempuan yang selama ini sentiasa mendengar crita aku, sentiasa berkongsi masalah dengan aku, sentiasa sudi melayan kerenah aku. Dan yang jelas, dia amat pham aku dan seorang kawan yang baik bagi aku. Tanggal 7hbFerbruari pula, dia bersanding dekat KAMPUNG GAJAH. Jadi aku dengan kwan2 yang lain mulakan rombongan cik kiah kita orang dengan naik moto tapi ada juga yang naik kreta (yang perempuan, laki naik moto). Mau sakit pinggang n bontot aku ni naik moto. Tapi satu pengalaman yang best, Sekrang aku, rasa sungguh bersyukur apabila melihat dia sudah berkahwin. Sebab selama aku berkahwan dengan dia sjak tingkatan 4, aku dah tengok dia menangis, dia gembira, dia ada masalah, dia tak da masalah. Dia putus cinta, dia bercinta. tapi yang paling aku sedih, sekrang orang dah tak boleh mengata apa2 p

SELAMAT BAKAL PENGANTIN BARU, MINAH KILANG

Image
Assalammualaikum… Alhamdulillah. Perkara yang berkaitan dengan JODOH, MAUT, dan REZEKI semuanya datang dari Allah S.W.T. siapalah kita untuk menidakkan apa yang telah ditetepkan untuk kita sejak awal lagi. Macam orang selalu kata, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun yang akan menentukan sama ada menjadi atau tidak hanya-Dia. Walaupun orang akan cakap, apa yang aku tulis sebentar tadi merupakan satu ayat yang basi dan orang lain selalu gunakan, tapi benda yang aku cakap tu betul. Tak dapat disangkalkan lagi. Itu semua orang tahu walaupun pn dia tak secerdik mana. Dan perkara yang aku nak maklumkan dekat sini ialah berkaitan dengan JODOH. Hahahaha,,, Alhamdulillah, lagi dua minggu kawan aku yang merupakan kawan mengumpat, kawan gembira, kawan sedih, kawan yang menyusahkan, kawan yang menyenangkan dan merangkap MAMA aku, bakal mendirikan rumah tangga atau dengan bahasa yang lebih formal bakal BERNIKAH. Siapa sangka, rupanya dia yang akan bertukar title dulu sebe