Posts

Showing posts from April, 2020

KATA² ORANG DUHULU

Image
Orang tua pernah berkata, Jangan terlalu gembira, Takut tangis yang menyusul pula. Jangan terlalu sayang, Takut itu semua akan hilang.   Adakah orang dahulu seorang pendeta atau penilik?  Bagaimana mereka tahu akan semua yang bakal berlaku? Atau mereka hanya manusia biasa? Yang ada rasa gembira dan sayang dalam jiwa. Pernag rasa tangis dan hilang dalam hidup? Tapi aku manusia biasa. Manusia yang hidup di zaman sekarang.  Tidak perlukan apa untuk membuktikan ia benar. Bahawa semuanya tidak akan kekal lama. Jiwa mampu menjadi kosong, hilang dan pudar. Kata sayang mampu hilang dan lenyap sekelip mata. Kerana mereka dan aku adalah manusia.  Tetapi, Jika aku tahu akan semua itu, Kenapa masih aku bermain dengan perasaan? Kenapa masih aku terjun dalam lumrah perhubungan tidak kekal ini? Kenapa?