Posts

Showing posts from December, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Image
ASSALAMUALAIKUM…
ALHAMDULILLAH pejam celik, pejam celik setahun telah hampir ke penghujungnya. ALHAMDULILLAH dalam masa satu tahun ini, Allah masih memberi peluang untuk aku bernafas dan hidup di atas dunia ciptaan-Nya ini.
Siapa sangka, dalam satu tahun yang bila difikirkan balik merupakan satu jangka masa yang panjang, boleh berlalu pergi dengan begitu cepat tanpa sesiapa pun mampu untuk hentikannya. Dan dalam jangka masa itu jugalah perlbagai cerita sedih dan gembira, suka dan duka dalam kehidupan aku, kehidupan family aku, dan juga kehidupan rakan-rakan aku yang turut memberikan tempias pada aku telah dilalui dengan tenang.
Walaupun, hampir masuk ke tahun baharu ini masih ada perhubungan atau masalah yang masih belum dipulih atau diselesaikan. Bak kata orang kat sekeliling aku, benda buruk bertambah menjadi buruk, benda yang baik bertambah menjadi baik. Ada yang susah untuk mencari jalan penyelesaiannya sebab masing-masing tinggi dengan ego masing-masing termasuklah aku jugak. …

STRESS?

Image
Sapa yang dekat dunia ni yang x pernah stress yang sampai kadang-kadang semua orang yang ada kat sekeliling boleh kene marah tanpa sebab atau tanpa salah sikit pun dekat kita? Aku rasa mesti semua orang pernah rasa macam tu kan? Bukan aku sorang je yang jadi macam tu kan? Bukan aku sorang saja yang stress sekarang ni kan?
Jujur aku cakap sekarang yang aku dalam mod yang STRESS!!! Susuh aku nak cakapp yang apa sebabnya stress aku sekarang ni sebab banyak sangat sumber-sumber yang tak sepatutnya membuatkan aku stress dengan semua orang. Sampai budak-budak pun aku boleh marah. Sabor je la…
Minggu ni memang sangat merunsingkan. Yang pertama, pasal opah aku. Baru-baru ni opah aku da kemalangan skit dan masa benda tu berlaku, aku ada dekat rumah. Jadi dalam masa yang sama, aku takut yang aku akan menjadi punca dengan apa yang berlaku dekat opah aku. Aku takut yang akau akan dipersalahkan dengan apa yang berlaku dan dalam pada masa yang sama aku rasa mereka pasti dah x percaya untuk opah ak…