Posts

Showing posts from 2021

PEDIH

Aku Jika aku mampu memutarkan kembali masa, Pasti akan aku lakukan. Ingin aku kembali pada saat itu.  Malam pertemuan kau dan aku. Malam yang hanya perlu menjadi sunyi seperti sebelumnya. Tetapi, malam itu berubah. Gelak ketawa kau dan aku. Menghilangkan sunyi lewat malam itu.  Pelbagai kisah, pelbagai cerita. Menjadi kenangan untuk diri. Namun, sesuatu yang bermula pasti berakhir. Kegembiraan aku kini semakin pudar. Jiwa aku bagaikan hilang dari jasad. Umpama jasad hidup tanpa nyawa. Kini aku dan kau, Umpama tidak pernah berjumpa.

AKU INGIN KUAT

  Aku hanya seorang manusia biasa. Aku hanya manusia yang mempunyai hati dan juga perasaan. Aku hanya manusia yang mempunyai kelemahan dalam jiwa. Aku hanya manusia yang membuat kesalahan dalam melakukan pemilihan. Namun, satu soalan yang muncul dalam fikiran aku ketika ini "Adakah aku patut menanggung kesakitan ini?" Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Masa bagaikan tidak menunggu aku walau sesaat dalam mengejar waktu. Dalam berjalannya waktu, Masih aku cuba untuk mencari dimana diri aku yang dulu. Diri aku yang dulu. Ketika kesakitan didalam jiwa ini muncul tanpa petanda. Lantas, Seiringnya perjalanan waktu. Aku berharap yang aku akan terus kuat dan terus kuat.

TAHUN BARU? AKU YANG BARU?

Image
SELAMAT TAHUN BARU UNTUK AKU, KAU DAN SEMUA. Tahun baru? Baru seminggu sahaja masuk ke tahun yang berbeza. Dari tahun 2020, kini kita semua berada di dalam tahun 2021.  Aku cukup yakin, semua orang pastikan menghajatkan sesuatu yang baik terjadi dalam hidup di tahun yang baru ni kan? Dari status single, menjadi status taken. Atau lagi baik adalah menjadi status engaged atau married. Semua itu jodoh kan? Bukan kita yang menentukan. Kalau satu perhubungan itu mula terjalin di awal tahun ini, alhamdulillah. Itu semua rezeki.  Tapi bagaimana dengan status mempunyai seseorang untuk disayangi, telah berubah menjadi keseorangan? Apa akan jadi pada orang yang hilang perhubungan 3tahun hanya dalam masa 2 hari? Perhubungan yang selama ni cuba dipertahankan kini hanya tinggal kenangan?  Tapi kita hanya manusia biasa, kan? Kita tidak tahu yang apa akan terjadi pada kita akan datang. Jadi begitu juga dengan satu perhubungan. Kita tak tahu sejauh mana hubungan itu akan pergi. Sedangkan h