Posts

Showing posts from April, 2017

ALAM

Assalamualaikum. Soalan aku bukanlah PERCAYA  atau TIDAK PERCAYA  dengan ALAM GHAIB  atau dengan lebih tepatnya ALAM BUNIAN , kerana kita sebagai umat Islam sudah tahu akan kewujudan dunia bagi golongan yang tidak nampak dengan mata seorang manusia biasa ini. Tetapi aku ingin mengajukan satu soalan yang menjadi tanda tanya bagi diri aku sendiri, iaitu ADAKAH KITA ATAU ANDA AKAN PERCAYA SEKIRANYA ADA ORANG YANG MEMPUNYAI KELEBIHAN BERINTERAKSI DENGAN GOLONGAN INI, ADALAH RAKAN ANDA? Kali ini aku hanya ingin kongsikan apa yang terjadi pada aku dalam masa empat bulan ini. Pelbagai cerita dan keadaan yang cuba disampaikan, juga banyak persoalan yang masih belum terjawab telah digantikan dengan persoalan yang lain. Jadi aku tidak tahu yang mana satu betul atau salah. Yang pasti apa yang aku ceritakan ini adalah apa yang terjadi dan apa yang aku rasakan betul bagi diri aku. Baru-baru ini aku telah dikejutkan dengan cerita bahawa salah seorang staff aku mempunyai satu kelebihan u