ALAM

Assalamualaikum.

Soalan aku bukanlah PERCAYA atau TIDAK PERCAYA dengan ALAM GHAIB atau dengan lebih tepatnya ALAM BUNIAN, kerana kita sebagai umat Islam sudah tahu akan kewujudan dunia bagi golongan yang tidak nampak dengan mata seorang manusia biasa ini. Tetapi aku ingin mengajukan satu soalan yang menjadi tanda tanya bagi diri aku sendiri, iaitu ADAKAH KITA ATAU ANDA AKAN PERCAYA SEKIRANYA ADA ORANG YANG MEMPUNYAI KELEBIHAN BERINTERAKSI DENGAN GOLONGAN INI, ADALAH RAKAN ANDA?

Kali ini aku hanya ingin kongsikan apa yang terjadi pada aku dalam masa empat bulan ini. Pelbagai cerita dan keadaan yang cuba disampaikan, juga banyak persoalan yang masih belum terjawab telah digantikan dengan persoalan yang lain. Jadi aku tidak tahu yang mana satu betul atau salah. Yang pasti apa yang aku ceritakan ini adalah apa yang terjadi dan apa yang aku rasakan betul bagi diri aku.

Baru-baru ini aku telah dikejutkan dengan cerita bahawa salah seorang staff aku mempunyai satu kelebihan untuk berkomunikasi dengan alam orang bunian, yang seperti kita tahu satu alam yang pernah menjadi satu topik hangat pada zaman dulu. Bukan tak pernah jadi apabila ada yang boleh menjalinkan hubungan baik dengan golongan atasan ini sehinggakan mampu untuk meminjam pinggan dan juga mangkuk ketika majlis kenduri sekiranya betul caranya.

Tapi aku menjadi mushkil dengan staff aku ini apabila dia mampu untuk meminjamkan tubuhnya untuk golongan atasan ini berinteraksi dengan manusia biasa? Adakah ini mampu dilakukan oleh mereka? Maksud aku adakah mereka mampu keluar dan masuk dengan sesuka hati kedalam tubuh manusia hanya dengan niat untuk berkomukasi dengan manusia atas dunia ini?

Aku menjadi bertambah keliru lagi apabila ada pula yang mengatakan bahawa seorang dari golongan atasan (dikatakan kembar pada staff mula2) ini telah bercinta dan berkahwin dengan salah seorang staff aku yang lain setelah beberapa bulan berkenalan dan berinteraksi? Adakah ini betul? Sebab dari apa yang aku selidik, perkara ini mampu dilakukan dan boleh terjadi tetapi bukan mudah seperti ABC untuk melakukannya. Kerana ini boleh mengakibatkan satu PERJANJIAN yang akan memakan masa sehingga beberapa keturunan. Tapi kenapa dengan staff aku ini, kelihatan begitu mudah?

Namun, bukan kepakaran aku untuk menjadikan topik ini satu perbahasan. Tetapi sekiranya ini adalah benar, maka benarlah kata-kata staff aku ini. Tetapi sekiranya ini sebaliknya, maka itu adalah dosanya dengan yang MAHA PENCIPTA, kerana mungkin dalam penceritaan dia telah ada satu FITNAH. Siapa yang tahu, melainkan diri dia sendirikan?

Persahabatan yang kian jarak dulu, kini makin pulih. ALHAMDULILLAH. Tapi sayang, satu perasaan HORMAT pada yang lebih tua telah mula hilang pula. Tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Siapa tahu. Biarlah sekarang yang terjalin antara aku dan dia, hanya hubungan rakan sekerja. Tidak boleh dan tak akan mampu seperti dulu.

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ