Posts

Showing posts from October, 2019

PERNIPUAN DALAM HUBUNGAN

Manusia sekarang hidup dalam dunia yang penuh dengan pembohongan serta pernipuaan. Ada saat dan ketika, manusia sendiri bagaikan begitu selesa untuk hidup dalam dunia pembohongan itu sendiri kerana apa yang ada disitu adalah apa yang mereka mahukan. Walau tidak kekal, tapi mereka tetap inginkannya. Manusia ada berkata, bawaha penipuan ini ada pelbagai jenis. Bohong sunat ada. Bohong tak sunat pun lagilah ada. Jadi berapa jenis sebenarnya yang ada dalam dunia pembohongan ini? Aku tidak pakar dalam perkara ini, tapi aku cuma ada terlintas akam pembohongan yang ada dalam satu perhubungan. Perhubungan antara sahabat, perhubungan antara ahli keluarga, dan juga perhubungan antara kekasih? Jangan teruskan pembohongan anda semua dengan mengatakan bahawa tidak pernah sekalipun dalam hidup menipu dalam salah satu perhubungan itu. Manusia ini adalah makhluk yang lemah. Kadang mengunakan pembohongan itu kerana itulah cara yang paling terbaik mampu mereka lakukan. Ada yang cuba dengan sepenuh ha