Posts

Showing posts from July, 2019

Matang atau Tidak

Kenapa ketika kita mengetahui akan pengakhirannya, kita masih berdiri kaku menantikannya? Walaupun kita tahu bahawa akhir sebuah cerita itu tetap dengan kesedihan. Sedih, terhina dan kecewa. Assalammualaikum... Manusia berkata, semakin meningga satu usia itu maka makin meninggallah kematangan dalam satu manusia. Adakah betul itu semua? Ada benar itu semua? Aku berkata tidak. Jika benar manusia akan menjadi matang selari dengan usia, pasti ramai yang sudah menjadi matang dalam permikiran dan perbuatan. Tapi masih ada yang tidak, kan? Dan mungkin salah satunya adalah aku. Jika benar aku sudah matang, kenapa aku masih berdiri mengharap kasih manusia yang aku pasti tidak akan terus bersama dengan aku selamanya? Kenapa aku masih berdiri mengharapkan dia berasa yang sama dengan apa yang aku rasa? Umpama perigi mencari timba untuk sang wanita. Adakah umpama hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong , untuk lelaki ssperti aku? Lawak bukan? Tapi itu adalah kenyataan yang lagi nyata dan j

Rindukan kamu?

Manusia akan terus menginginkan dan akan terus mengimpikan sesuatu yang baik atau lebih baik. Tapi siapakah kita manusia untuk menghalang jika betul kita akan kehilangan. Assalamualaikum... Aku pernah katakan sebelum ini, aku menyayangi dan mencintai seseorang yang aku sendiri tahu bahawa aku tiada tempat dihatinya. Atau mungkin dengan lebih tepatnya aku menjadi manusia yang terhegeh-hegeh mengejar kasih dan sayang orang. Faham kan? Aku berani jamin, manusia lain sudah pasti akan angkat kaki sekiranya berada di tempat aku. Di mana orang yang kita sayang itu dengan rendah diri telah menjelaskan bahawa dia telah mencuba untuk menjadikan aku penganti dalam hatinya itu. Berusaha dan terus berusaha sehingga kini telah memasuki tahun yang kedua. Namun, dia terus memohon maaf kerana itu semua gagal. Kasih dan sayang dia masih pada manusia yang telah meninggalkan dia dahulu. Walau tahu dengan jelas, sang manusia itu meninggalkan dirinya tanpa ada kata-kata yang kukuh, hatinya masih tetap ad

OGUSTUS bakal kembali.

Manusia mempunyai hati dan perasaan, kan? Begitu juga aku. Kerana aku manusia biasa. Assalamualaikum. Dalam diam, masa berjalan dengan begitu pantas sekali. Bila dilihat balik, hampir setahun berlalu setelah post terakhir aku. Begitu banyak cerita sedih dan gembira, duka dan lara yang terjadi dlam satu tahun ini. Kehilangan, pertemuan, dan juga perpisahan terjadi dalam sekelip mata tanpa aku yang sebagai manusia biasa ini mampu untuk menahannya. Yer, mungkin aku tidak masukkan dalam blog aku ini atas kehilangan orang yang telah menjaga aku dari kecil hingga aku telah menjadi manusia yang sebetulnya manusia ini. Aku kehilangan dia dalam sekelip mata tanpa aku pernag terfikir yang aku akan kehilangan dia dengan secepat itu. Bermula dia sakit hinggalah aku kehilangan dia, hanya dalam seminggu semua itu berlaku. Sakit yang aku fikir akan kembali sembuh, rupanya akan kembali pada MAHA PENCIPTA. Siapa kita untuk menghalangnya kan? Perpisahan yanv terjadi? Mungkin ini adalag perpisahan y