Rindukan kamu?

Manusia akan terus menginginkan dan akan terus mengimpikan sesuatu yang baik atau lebih baik. Tapi siapakah kita manusia untuk menghalang jika betul kita akan kehilangan.

Assalamualaikum...

Aku pernah katakan sebelum ini, aku menyayangi dan mencintai seseorang yang aku sendiri tahu bahawa aku tiada tempat dihatinya. Atau mungkin dengan lebih tepatnya aku menjadi manusia yang terhegeh-hegeh mengejar kasih dan sayang orang. Faham kan?

Aku berani jamin, manusia lain sudah pasti akan angkat kaki sekiranya berada di tempat aku. Di mana orang yang kita sayang itu dengan rendah diri telah menjelaskan bahawa dia telah mencuba untuk menjadikan aku penganti dalam hatinya itu. Berusaha dan terus berusaha sehingga kini telah memasuki tahun yang kedua. Namun, dia terus memohon maaf kerana itu semua gagal. Kasih dan sayang dia masih pada manusia yang telah meninggalkan dia dahulu. Walau tahu dengan jelas, sang manusia itu meninggalkan dirinya tanpa ada kata-kata yang kukuh, hatinya masih tetap ada rasa sayang meskipun cuba untuk menafikan sebanyak mana pun. Dan itu juga yang membuatkan aku ingin terus berada dengan dia.

Cuba juga aku menghindarkan diri dari dia. Mendiamkan diri dari terus menganggu hidup dia saban hari. Hentikan segala rengetan aku kepada dia. Hentikan segala kata-kata sayang aku kepada dia. Hentikan semua sentuhan dan apa sahaja yang berkaitan dengan dia. Tapi semuanya tetap sama.

Mungkin kini, aku hanya mampu katakan yang hanya tuhan saja yang mengetahui apa yang aku rasa, bagaimana aku begitu ingin dia tetap berasa di samping aku. Tidak kira siang atau malam. Tidak pernah pernah ada rasa jemu walau tiap hari aku dan dia bertemu. Pelik bukan?

Mungkin itulah yang dinamakan sebagai manusia. Kan?

Sudahlah. Setakat ini aku bersyukur kerana dia tetap ada disisi aku. Tetap ada dalam sunyi aku. Tetap ada dalam gembira aku. Aku hanya ingin terus menghargai setiap perjalanan yang bakal terjadi. Hanya ingin menganggap bahawa hari itu hari terakhir aku bersamanya. Biar aku terus menghargai apa yang berlaku. Namun, jika sudah termaktub bahawa dia pergi meninggalkan aku. Aku akan terima. Untuk apa menghalang. Kan?

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

MASA