Matang atau Tidak

Kenapa ketika kita mengetahui akan pengakhirannya, kita masih berdiri kaku menantikannya? Walaupun kita tahu bahawa akhir sebuah cerita itu tetap dengan kesedihan. Sedih, terhina dan kecewa.

Assalammualaikum...

Manusia berkata, semakin meningga satu usia itu maka makin meninggallah kematangan dalam satu manusia. Adakah betul itu semua? Ada benar itu semua?

Aku berkata tidak. Jika benar manusia akan menjadi matang selari dengan usia, pasti ramai yang sudah menjadi matang dalam permikiran dan perbuatan. Tapi masih ada yang tidak, kan? Dan mungkin salah satunya adalah aku.

Jika benar aku sudah matang, kenapa aku masih berdiri mengharap kasih manusia yang aku pasti tidak akan terus bersama dengan aku selamanya? Kenapa aku masih berdiri mengharapkan dia berasa yang sama dengan apa yang aku rasa?

Umpama perigi mencari timba untuk sang wanita. Adakah umpama hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong, untuk lelaki ssperti aku? Lawak bukan? Tapi itu adalah kenyataan yang lagi nyata dan jelas.

Kematangan aku masih terus jatuh dan menghampakan aku seakan terus cemburu dan iri hati dengan apa yang dia jalani. Cemburu apabila hati dia merindui seseorang yang lama, walau sudah tahu perkara itu sudah lama berlalu. Cemburu apabila dia seakan berubah dalam satu hari yang sebelumnya gembira dan hari ini seakan awan hitam menyelubungi hati dan jiwa. Cemburu yang aku sendiri tahu tidak patut hadir dalam diri aku. Owh tidak.. Apa yang cuba aku sampaikan disini? Apa yang ingin aku perkatakan sebenarnya? Aku sendiri keliru.

Yang penting, adakah aku sudah matang? Adakah kau sudah matang? Atau matang itu sebenarnya tidak wujud dalam jiwa manusia?

SELAMAT BAKAL MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN EZAD

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ