OGUSTUS bakal kembali.

Manusia mempunyai hati dan perasaan, kan? Begitu juga aku. Kerana aku manusia biasa.

Assalamualaikum.
Dalam diam, masa berjalan dengan begitu pantas sekali. Bila dilihat balik, hampir setahun berlalu setelah post terakhir aku.

Begitu banyak cerita sedih dan gembira, duka dan lara yang terjadi dlam satu tahun ini. Kehilangan, pertemuan, dan juga perpisahan terjadi dalam sekelip mata tanpa aku yang sebagai manusia biasa ini mampu untuk menahannya.

Yer, mungkin aku tidak masukkan dalam blog aku ini atas kehilangan orang yang telah menjaga aku dari kecil hingga aku telah menjadi manusia yang sebetulnya manusia ini. Aku kehilangan dia dalam sekelip mata tanpa aku pernag terfikir yang aku akan kehilangan dia dengan secepat itu. Bermula dia sakit hinggalah aku kehilangan dia, hanya dalam seminggu semua itu berlaku. Sakit yang aku fikir akan kembali sembuh, rupanya akan kembali pada MAHA PENCIPTA. Siapa kita untuk menghalangnya kan?

Perpisahan yanv terjadi? Mungkin ini adalag perpisahan yang atas kemahuan dan keinginan aku. Dari terus menjadi manusia yang menipu manusia yang lain. Lebih baik dikatakan saja apa yang ada didalam hati. Atau mungkin yang lebih tepat, siapa yang telah menetap didalam hati. Siapa tidak sayang akan satu perhubungan yang hampir makan masa 3tahun itu. Tiga tahun yang dibuang dan dibazirkan begitu sahaja. Sebab lain yang membuatkan aku nekad untuk mengatakan perpisahan itu, biarlah aku sahaja yang tahu. Kerana, aku bukan hanya melihat dari sudut aku sahaja. Aku melihat sudut keluarga dan juga rakan. Jadi aku telah nekad dengan perpisahan itu.

Untu pertemuan? Aku tidak tahu sama ada aku mahu katakan yang ini juga adalah penyebab terjadinya perpisahan itu. Kerana bukan pertemuan ini yang menjadi tunggak utama dalam cerita perpisahan itu. Hanya boleh dikatakan dia menjadi ketukan kuat pada satu keretakan. Mungkin kan? Pertemuaan yang tidak dijangka. Dengan hanya satu perbualan panjang dari malam sampai ke pagi, dengan hanya topik kosong tanpa ada tujuaan perbualan, aku bagaikan sudah tertarik dengan cara dan perwatakan dia. Tidak mempunyai rupa yang mampu menarik hati orang lain, tapi mampu mengikat hati aku dengan senyuman lesung pipit di pipinya. Bukanlah rupa yang menjadi ukuran untuk aku, tapi lebih dari perwatakan dan diri. Memberikan perhatian yang pada anak buah dan keluarga, mampu menjadi anak yang terbaik untuk sisa hidup arwah ibu dan ayahnya, dan juga mampu mengikuti keadaan apabila bersama ayah dan juga keluarga besar aku, itu yang aku lihat dari dia. Tapi, kesetiaan yang ada dalam diri dia membuatkan hati aku menjadi runtuh. Bukan aku perampas milik orang, tapi biarlah aku menjadi perubat hati yang telah dilukai. Namun siapa aku untuk memaksa hati manusia yang masih menyayangi manusia yang lainnya. Bukan? Jadi biarlah masa yang menentukan semua itu. Jika ada, maka adalah ruang untuk diri aku. Jika tidak, mungkin persahabatan yang akan terjalin. Siapa tahu?

Jadi untuk rumusan satu tahun ini, mungkin pendek dan juga mungkin panjang. Aku pun tidak tahu. Makanya aku berharap tahun yang akam datang akan jadi yang lebih baik.

Wahai OGUSTUS, kembalinya kau membawa penambahan usia buat aku. Dari satu angka pada angka yang lain. Maka ucapkan selamat pada diri. Salam kelahiran dari manusia yang terus mengharapkan pembaharuan dan perubahan.

Amin.. Insyallah...

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ