Posts

Showing posts from 2019

BERAKHIRNYA 2019?

Image
Lagi beberapa hari, maka berakhir tahun 2019. Maka muncul tahun yang baru pula. Tahun 2020 .  Selalu orang pasti akan sembang dan perbahaskan apa yang telah kita lakukan pada tahun 2019. Dan apa pula harapan yang nak dibuat pada tahun berikutnya.  Tapi aku cuma nak bagi tahu apa kenangan yang ada pada tahun 2019. Sebab biarkan semua ini jadi kenangan untuk aku. 1) Tempat Kerje. Sebelum ni, selama hampir empat tahun aku berada di tempat yang sama. Memandang bangunan yang sama. Melihat pelangan yang sama. Dan menempuhi dugaan yang sama. Awal tahun aku telah ditukarkan ke tempat baru, dimana aku mengenali keluarga yang baru. Keluarga yang mungkin aku boleh kata mampu naik segila dengan aku. Mampu ikut dengan apa yang aku ingin kan. Bukan nak kata yang sebelum ni tidak bagus, tapi dengan perubahan ini aku dapat mengenali ramai lagi manusia dan kerenah. Dari yang sudah tua hingga paling muda. Dari yang nampak matang hingga kebudak budakan. Betul kata manusia, matang

BERUBAH

Image
Seperti yang aku katakan sebelum ini. Manusia boleh berubah bukan? Satu satu sisi yang lain, menjadi satu sisi yang lain. Dari seseorang yang kita begitu selesa, menjadi seseorang yang kita tidak kenal siapa. Dari seseorang yang begitu kita percaya, mampu bertukar menjadi seorang yang mampu menyakiti diri kita.  Manusia, satu susuk tubuh ciptaan Tuhan yang penuh dengan misterinya. Misteri yang tidak mampu untuk diungkai oleh manusia itu sendiri. Tetapi sampai bila? Sampai bila untuk manusia lain tersakiti disebabkan perubah manusia lain itu. Sampai bila manusia harus menanggung rasa dihiris setelah hati dan jiwa diberikan pada manusia itu.  Siapa yang tahu bukan? Namun, atas perubahan itu bukan tidak ada baiknya.  Perubahan sebaliknya mampu untuk berlaku dalam diam. 

AKAN TIBA MASANYA

Image
Selagi, awak tidak mencintai atau dicintai. Izinkan saya untuk menjaga diri awak.  Itu kata, itu janji yang pernah keluar dari mulut aku sendiri kepada diri dia di satu malam. Aku tidak tahu, kenapa aku mampu mengeluarkan kata2 seperti itu kepada dia. Sedangkan aku tahu yang semua benda itu adalah begitu mustahil. Bahkan, mampu untuk tidak menjadi kenyataan.  Mungkin benar kata orang, bila sudah sayangkan seseorang itu, semua benda kita terasa mampu untuk dilakukan. Tapi sampai bila janji itu mampu untuk aku pegang? Adakah untuk dua tahun lagi? Atau selamanya? Banyak perkara yang mula bermain di fikiran aku. Otak aku seakan berfungsi dikala bawah sedar. Aku sepertinya tidak mampu untuk hilangkan dari terus berfikir mengenai dia. Ada yang kata, lebih baik aku tetap disamping dia sehingga dia mampu untuk berdiri. Namun tahap apakah aku perlu lihat berdirinya dia?  Entah lah. Aku seakan sudah bosan. Bosan dengan permainan hati yang tidak pernah habis. Tidak pernah berakhir. 

PERNIPUAN DALAM HUBUNGAN

Manusia sekarang hidup dalam dunia yang penuh dengan pembohongan serta pernipuaan. Ada saat dan ketika, manusia sendiri bagaikan begitu selesa untuk hidup dalam dunia pembohongan itu sendiri kerana apa yang ada disitu adalah apa yang mereka mahukan. Walau tidak kekal, tapi mereka tetap inginkannya. Manusia ada berkata, bawaha penipuan ini ada pelbagai jenis. Bohong sunat ada. Bohong tak sunat pun lagilah ada. Jadi berapa jenis sebenarnya yang ada dalam dunia pembohongan ini? Aku tidak pakar dalam perkara ini, tapi aku cuma ada terlintas akam pembohongan yang ada dalam satu perhubungan. Perhubungan antara sahabat, perhubungan antara ahli keluarga, dan juga perhubungan antara kekasih? Jangan teruskan pembohongan anda semua dengan mengatakan bahawa tidak pernah sekalipun dalam hidup menipu dalam salah satu perhubungan itu. Manusia ini adalah makhluk yang lemah. Kadang mengunakan pembohongan itu kerana itulah cara yang paling terbaik mampu mereka lakukan. Ada yang cuba dengan sepenuh ha

Matang atau Tidak

Kenapa ketika kita mengetahui akan pengakhirannya, kita masih berdiri kaku menantikannya? Walaupun kita tahu bahawa akhir sebuah cerita itu tetap dengan kesedihan. Sedih, terhina dan kecewa. Assalammualaikum... Manusia berkata, semakin meningga satu usia itu maka makin meninggallah kematangan dalam satu manusia. Adakah betul itu semua? Ada benar itu semua? Aku berkata tidak. Jika benar manusia akan menjadi matang selari dengan usia, pasti ramai yang sudah menjadi matang dalam permikiran dan perbuatan. Tapi masih ada yang tidak, kan? Dan mungkin salah satunya adalah aku. Jika benar aku sudah matang, kenapa aku masih berdiri mengharap kasih manusia yang aku pasti tidak akan terus bersama dengan aku selamanya? Kenapa aku masih berdiri mengharapkan dia berasa yang sama dengan apa yang aku rasa? Umpama perigi mencari timba untuk sang wanita. Adakah umpama hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong , untuk lelaki ssperti aku? Lawak bukan? Tapi itu adalah kenyataan yang lagi nyata dan j

Rindukan kamu?

Manusia akan terus menginginkan dan akan terus mengimpikan sesuatu yang baik atau lebih baik. Tapi siapakah kita manusia untuk menghalang jika betul kita akan kehilangan. Assalamualaikum... Aku pernah katakan sebelum ini, aku menyayangi dan mencintai seseorang yang aku sendiri tahu bahawa aku tiada tempat dihatinya. Atau mungkin dengan lebih tepatnya aku menjadi manusia yang terhegeh-hegeh mengejar kasih dan sayang orang. Faham kan? Aku berani jamin, manusia lain sudah pasti akan angkat kaki sekiranya berada di tempat aku. Di mana orang yang kita sayang itu dengan rendah diri telah menjelaskan bahawa dia telah mencuba untuk menjadikan aku penganti dalam hatinya itu. Berusaha dan terus berusaha sehingga kini telah memasuki tahun yang kedua. Namun, dia terus memohon maaf kerana itu semua gagal. Kasih dan sayang dia masih pada manusia yang telah meninggalkan dia dahulu. Walau tahu dengan jelas, sang manusia itu meninggalkan dirinya tanpa ada kata-kata yang kukuh, hatinya masih tetap ad

OGUSTUS bakal kembali.

Manusia mempunyai hati dan perasaan, kan? Begitu juga aku. Kerana aku manusia biasa. Assalamualaikum. Dalam diam, masa berjalan dengan begitu pantas sekali. Bila dilihat balik, hampir setahun berlalu setelah post terakhir aku. Begitu banyak cerita sedih dan gembira, duka dan lara yang terjadi dlam satu tahun ini. Kehilangan, pertemuan, dan juga perpisahan terjadi dalam sekelip mata tanpa aku yang sebagai manusia biasa ini mampu untuk menahannya. Yer, mungkin aku tidak masukkan dalam blog aku ini atas kehilangan orang yang telah menjaga aku dari kecil hingga aku telah menjadi manusia yang sebetulnya manusia ini. Aku kehilangan dia dalam sekelip mata tanpa aku pernag terfikir yang aku akan kehilangan dia dengan secepat itu. Bermula dia sakit hinggalah aku kehilangan dia, hanya dalam seminggu semua itu berlaku. Sakit yang aku fikir akan kembali sembuh, rupanya akan kembali pada MAHA PENCIPTA. Siapa kita untuk menghalangnya kan? Perpisahan yanv terjadi? Mungkin ini adalag perpisahan y

BUTA ATAU TIDAK?

Aku merupakan manusia biasa seperti kalian yang lain. Ingin mencintai dan juga ingin dicintai. Ingin menyayangi dan juga ingin disayangi. Itu adalah lumrah biasa dalam kehidupan dan di atas muka bumi ini. Adakah manusia di atas muka bumi ini tidak mahu semua itu? Sedangkan haiwan yang tidak mempunyai akal juga ingin disayangi dan dibelai oleh manusia, masakan tidak manusia itu sendiri? Seiring dengan pernambah umur dan semakin berlalunya hari, mata aku kadang kala terbuka dan kadang kala dikaburi dengan sesuatu perkara. Seperti SAYANG? Kadang mata aku terbuka dengan begitu kuatnya kesan CINTA dan SAYANG itu sendiri. Perkara yang semudah itu, mampu menukarkan seseorang yang periang menjadi pendiam dan begitu juga sebaliknya. Bagaimana cinta dan sayang itu sendiri mampu membuatkan manusia itu tidak mampu untuk berfikir panjang atas satu keputusan yang telah dibuat. Bagaimana mata manusia itu telah menjadi buta daripada melihat kasih dan sayang yang lain disekelilingnya apabila hati