BERAKHIRNYA 2019?

Lagi beberapa hari, maka berakhir tahun 2019. Maka muncul tahun yang baru pula. Tahun 2020

Selalu orang pasti akan sembang dan perbahaskan apa yang telah kita lakukan pada tahun 2019. Dan apa pula harapan yang nak dibuat pada tahun berikutnya. 

Tapi aku cuma nak bagi tahu apa kenangan yang ada pada tahun 2019. Sebab biarkan semua ini jadi kenangan untuk aku.
1) Tempat Kerje.
Sebelum ni, selama hampir empat tahun aku berada di tempat yang sama. Memandang bangunan yang sama. Melihat pelangan yang sama. Dan menempuhi dugaan yang sama. Awal tahun aku telah ditukarkan ke tempat baru, dimana aku mengenali keluarga yang baru. Keluarga yang mungkin aku boleh kata mampu naik segila dengan aku. Mampu ikut dengan apa yang aku ingin kan. Bukan nak kata yang sebelum ni tidak bagus, tapi dengan perubahan ini aku dapat mengenali ramai lagi manusia dan kerenah. Dari yang sudah tua hingga paling muda. Dari yang nampak matang hingga kebudak budakan. Betul kata manusia, matang bukan hanya pada angka usia. 

2) Kahwin
Maaflah yer. Bukan aku yang kahwin tapi aku nak ceritakan kawan2 aku yang telah menamatkan zaman bujang mereka, tidak juga lupa yang telah bertunang. Siapa sangka dalam diam2 sudah mampu membina keluarga sendiri. Keluarga yang semua manusia idam2 kan. Keluarga yang bahagia. Tahniah untuk sahabat aku yang telah menempuh kebahagian mereka. Aku tak kan lupa juga yang sudah berkahwin dan ahli keluarga yang menambah. Aku je yang sampaikan tak da masa nak pergi melawat mereka. Dari anak tu baru lahir hingga sudah mampu berkata2. Sedih hidup aku.

3) Percutian.
Sama seperti tahun2 yang sebelum ni. Setiap bulan 3 dan juga 8, menjadi bulan untuk aku berholiday dengan abang agkat aku. Cuma kali ni, aku lebih memilih tempat yang aku sudah biasa dan tempat yang aku tahu selok beloknya. Aku taknak berasa runsing dan aku tahu aku boleh tenang sedikit. Dan Penang menjadi tempat aku pada bulan Ogos. Dan untuk Mac sebelumnya Johor menjadi pilihan abang angkat aku sebabkan disana dia kenal hidup dan kenal rakan. Dan disana juga aku mengenal dari mana datangnya seorang lelaki yang aku aggap abang.

4) Diri
Pencapaian untuk diri? Tak ada apa pun. Aku hanya ikut apa sahaja yang mendatang. Untuk menginginkan sesuatu yang lebih itu, baik tidak payah kut. Dari mempunyai keinginan yang tinggi tapi akhirnya tiada apa. Cuma mungkin aku mampu katakan, tahun ini aku tidak mampu menjadi seseorang yang lebih baik. Kerana aku mampu meninggalkan seseorang hanya kerana inginkan seseorang yang lain. Tapi semuanya bagaikan mimpi disiang hari. Mampu melayab buai sang mimpi, namun tidak mampu menjadi realiti. Maka, untuk ucapan diri? Mulalah sedarkan diri itu. Mungkin sudah masanya kan?

Comments

Popular posts from this blog

PEDIH

MIMPI

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ