PEDIH

Aku
Jika aku mampu memutarkan kembali masa,
Pasti akan aku lakukan.
Ingin aku kembali pada saat itu. 
Malam pertemuan kau dan aku.
Malam yang hanya perlu menjadi sunyi seperti sebelumnya.
Tetapi, malam itu berubah.
Gelak ketawa kau dan aku.
Menghilangkan sunyi lewat malam itu. 
Pelbagai kisah, pelbagai cerita.
Menjadi kenangan untuk diri.
Namun, sesuatu yang bermula pasti berakhir.
Kegembiraan aku kini semakin pudar.
Jiwa aku bagaikan hilang dari jasad.
Umpama jasad hidup tanpa nyawa.
Kini aku dan kau,
Umpama tidak pernah berjumpa.

Comments

Popular posts from this blog

MIMPI

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ