Posts

Showing posts from 2020

SAYANG ATAU NAFSU?

ASSALAMUALAIKUM TAHUN DEMI TAHUN, MASA SEPERTI BERJALAN DENGAN BEGITU PANTAS. TANPA MENOLEH KEBELANG WALAU SESAAT. ITULAH APA YANG ORANG KATAKAN MENGATA USIA YANG SEMAKIN MENINGKAT TAHUN DEMI TAHUN. DARI SATU ANGKA MENJADI ANGKA YANG LAIN HANYA DALAM DUA BELAS BULAN. TAPI, SEDARKAH KITA DALAM SEIRINGNYA PERJALAN WAKTU ITU JUGA MAMPU MEMBUATKAN CARA PERMIKIRAN KITA BERUBAH. NAMUN, BUKAN SEMUA MANUSIA ITU AKAN BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK. MASIH ADA JUGA YANG KEKAL DI TAKOK LAMA TANPA ADA SEBARANG PERUBAHAN DALAM DIRI. DAN ADA JUGA YANG MAMPU BERJALAN DAN MAMPU BERDIRI DENGAN MEGAH ATAS KEJAYAAN YANNG DICAPAI OLEH DIRI SENDIRI. PELBAGAI KEADAAN YANG BOLEH DIKATAKAN SESEORANG ITU BERUBAH DALAM KEHIDUPANNYA. TAPI APA YANG AKU CUBA TEKAN DI SINI, BAGAIMANA DENGAN MANUSIA YANG MASIH TIDAK MAMPU MENGUBAH DIRI? SAMA DENGAN PENCAPAIAN DAN JUGA DENGAN PEMIKIRAN. DAN APA PULA KAITANNYA DENGAN NAFSU SEPERTI TAJUK YANG AKU TULISKAN DI ATAS? PELIK BUKAN. UNTUK SENANGKAN CERITA DAN MEMUDAHKAN UNTUK AKU

SALAM LEBARAN 2020

Image
ASSALAMUALAIKUM... Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa di bulan RAMADHAN, akhirnya kita kembali di bulan menyambut kemenangan setelah sebulan menahan nafsu dan diri. Hari di mana kita ummat Islam menyambut kemenangan. Takbir Aidil Fitri bakal bergema di langit menandakan hari raya sudah menjelang. Tradisi mohon maaf sesama manusia akan dilakukan di pagi raya. Namun berbeza untuk kali ini. Ada yang terpaksa memohon maaf dengan menjadikan alam maya sebagai satu cara berhubung dengan orang yang tersayang. Tetapi itu bukan menjadi satu halangan untuk mengekalkan hubungan silaturahim itu, bukan?  Maka marilah kita bermohon maaf dengan orang yang tersayang dan orang disekeliling kita. Agar segala dosa dan salah silap kita selama satu tahun sebelum ini terampun dan menjadi kosong-kosong. Lantas dengan ini, saya Ezad Marzuki ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Memohon ampun atas kesilapan yang sengaja mahupun tidak disedari akan perbuatannya. Semoga tiada lagi

KATA² ORANG DUHULU

Image
Orang tua pernah berkata, Jangan terlalu gembira, Takut tangis yang menyusul pula. Jangan terlalu sayang, Takut itu semua akan hilang.   Adakah orang dahulu seorang pendeta atau penilik?  Bagaimana mereka tahu akan semua yang bakal berlaku? Atau mereka hanya manusia biasa? Yang ada rasa gembira dan sayang dalam jiwa. Pernag rasa tangis dan hilang dalam hidup? Tapi aku manusia biasa. Manusia yang hidup di zaman sekarang.  Tidak perlukan apa untuk membuktikan ia benar. Bahawa semuanya tidak akan kekal lama. Jiwa mampu menjadi kosong, hilang dan pudar. Kata sayang mampu hilang dan lenyap sekelip mata. Kerana mereka dan aku adalah manusia.  Tetapi, Jika aku tahu akan semua itu, Kenapa masih aku bermain dengan perasaan? Kenapa masih aku terjun dalam lumrah perhubungan tidak kekal ini? Kenapa?

RINDU

Image
Tulis? Berbulan tak menulis. Luah?  Hati bagaikan sudah keras untuk meluahkan apa yang ada. Ada masa ia sedih, ada masa ia gembira. Datang tanpa diundang, pergi tidak dihalau. Jadi apa yang harus aku isikan dalam coretan ini?  Apa yang perlu aku coretkan untuk menyatakan ketidakpuasan hati aku ini. Adakah perlu aku melangkah kaki atau aku melanhkah menghadapi dan memaki dirinya agar dia paham apa yang aku mahukan? Adakah itu akan mendatangkan kebaikan atau keburukan? Jadi apa jalan yang perlu aku ambil? Adakah hanya diam dan berharap kebahagiaan datang sebentar dan berlalu pergi selepas itu?