SALAM LEBARAN 2020

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa di bulan RAMADHAN, akhirnya kita kembali di bulan menyambut kemenangan setelah sebulan menahan nafsu dan diri. Hari di mana kita ummat Islam menyambut kemenangan.


Takbir Aidil Fitri bakal bergema di langit menandakan hari raya sudah menjelang. Tradisi mohon maaf sesama manusia akan dilakukan di pagi raya. Namun berbeza untuk kali ini. Ada yang terpaksa memohon maaf dengan menjadikan alam maya sebagai satu cara berhubung dengan orang yang tersayang.

Tetapi itu bukan menjadi satu halangan untuk mengekalkan hubungan silaturahim itu, bukan? 

Maka marilah kita bermohon maaf dengan orang yang tersayang dan orang disekeliling kita. Agar segala dosa dan salah silap kita selama satu tahun sebelum ini terampun dan menjadi kosong-kosong.

Lantas dengan ini, saya Ezad Marzuki ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Memohon ampun atas kesilapan yang sengaja mahupun tidak disedari akan perbuatannya. Semoga tiada lagi salah, dosa, mahupun dendam tersemat dijiwa serta diri masing-masing. AMIN. INSYALLAH.

Lagi sekali, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA ANDA SEMUA.

#KOSONGKOSONG
#SELAMATHARIRAYA
#MATRIYE



Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ