Posts

Showing posts from May, 2018

Salam Takziah

DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita akan kembali. Yang membezakan umat, hanyalah dosa dan pahala. Kita manusia biasa, pasti tidak akan mampu lari dari apa yang telah ditetapkan untuk kita. Jodoh, rezeki, ajal dan sebagainya telah ditetapkan sejak sebelum kita lahir lagi. Cuma kita sebagai manusia yang tidak mengetahui bila dan bagaimana akan berlaku. Sebagai manusia biasa juga, aku pasti akan berhadapan dengan perkhabaran perginya seorang hamba ALLAH tidak kira kenalan rapat atau tidak, lelaki atau perempuan, sahabat atau saudara. Benda itu pasti akan aku hadapi. Seperti baru² ini yang mendapat perkhabaran perginya isteri seorang rakan baru aku. Walau baru berkawan dan berkenalan, rasa sedih dan kasihan atas perkhabaran itu pasti ada. Kerana aku dan dia juga manusia biasa. Mungkin aku tidak mampu untuk membantu lebih dalam kehilangan dia, namun sebagai manusia aku hanya mampu mengucapkan takziah dan berian kata semangat. Moga isterinya ditempatkan dengan golongan orang yan

Maafkan AKU

Image
Tahun demi tahun, umur akan meningkat. Walau kita cuba untuk menghalangnya, umur akan terus bertambah seiring dengan waktu dan juga masa. Siapa kita untuk menghentikan pertambahan umur tu kan? Tipu jika manusia semua tidak pernah duduk diam dan suasana yang sunyi sambil memikirkan apa yang telah kita lakukan dalam hidup ini. Apa sumbangan kita yang paling besar untuk hidup kita sendiri. Adakah kini diri telah berada dalam satu keadaan yang lebih baik? Lebih kaya? Atau perkara yang paling senang untuk dicapai, adakah diri ini lebih bahagia? Dalam beberapa bulan, umur aku akan menjangkau usia 24tahun. Sekejap sahaja aku rasakan yang aku sudah hampir genap 3tahun mempunyai kerjaya dan sumber kewangan aku sendiri. Mungkin lambat, tapi ALHAMDULILLAH aku masih mampu memberi kesenangan pada diri aku sendiri. ALHAMDULILLAH. Tapi adakah itu sahaja pencapaian aku? Aku sendiri masih tidak tahu. Ada saja yang menggangu aku. Aku juga inginkan kebahagiaan, tapi adakah kebahagiaan itu diciptakan u

HARAPAN

Manusia? Kalau ikut secara logik akal dan apa yang telah diri kita sedia tahu, manusia dijadikan di atas muka bumi ini dengan adanya perasaan, akal dan nafsu dalam dirinya. Betul kan? Tapi kita sebagai manusia juga sedia tahu yang manusia mampu dan boleh melakukan kesalah dalam hidup dengan menggunakan tiga perkara ini sebagai asasnya. Betul kan? Sebagai contoh, manusia mampu terjerumus dalam sesuatu yang begitu gelap dalam hidupnya apabila diri diselungi oleh nafsu dan tidak diselitkan akal dan juga perasaan. Ada juga manusia yang menyayangi manusia lain dimuka bumi ini dengan sepenuh perasaan dan tidak ada sedikit pun akal fikiran bagi menentukan perkara itu betul atau pun tidak. Betul kn? Manusia memang pelik kan?? Sebab manusia mampu membuat apa sahaja sehinggakan mampu merosakan diri sendiri tanpa mengunakan akal yang sihat walau sikit pun. Pelik, tapi itulah kenyataan nya. Tapi adakah manusia diciptakan di atas muka bumi ini hanya untuk menempuhi semua perkara2 yang hanya m