PERNIPUAN DALAM HUBUNGAN

Manusia sekarang hidup dalam dunia yang penuh dengan pembohongan serta pernipuaan. Ada saat dan ketika, manusia sendiri bagaikan begitu selesa untuk hidup dalam dunia pembohongan itu sendiri kerana apa yang ada disitu adalah apa yang mereka mahukan. Walau tidak kekal, tapi mereka tetap inginkannya.

Manusia ada berkata, bawaha penipuan ini ada pelbagai jenis. Bohong sunat ada. Bohong tak sunat pun lagilah ada. Jadi berapa jenis sebenarnya yang ada dalam dunia pembohongan ini?

Aku tidak pakar dalam perkara ini, tapi aku cuma ada terlintas akam pembohongan yang ada dalam satu perhubungan. Perhubungan antara sahabat, perhubungan antara ahli keluarga, dan juga perhubungan antara kekasih?

Jangan teruskan pembohongan anda semua dengan mengatakan bahawa tidak pernah sekalipun dalam hidup menipu dalam salah satu perhubungan itu. Manusia ini adalah makhluk yang lemah. Kadang mengunakan pembohongan itu kerana itulah cara yang paling terbaik mampu mereka lakukan. Ada yang cuba dengan sepenuh hati untuk menjaga perasaan dan hati individu yang lain itu dengan menggunakan pembohongan. Ada yang menggunakan pembohongan itu satu jalan keluar dalam kesepitan. Siapa kita untuk mengadili mereka itu semuakan?

Tapi dalam hubungan aku dengan dia, berlandaskan apakah pembohongan dia kepada aku? Untuk menjaga perasaan dan hati aku? Untuk apa? Sedangkan dia pernah menyatakan bahawa aku bukan sesiapa dan aku masih belum mampu berada di hati dia. Kenapa dia tidak katakan yang benar sedangkan pembohongan ini yang lebih menyakitkan.

Atau adakah dia menjaga hati dan perasaan orang di sana? Yang masih tetap ada dalam hati dan perasaan dia selama ini. Yang masih tidak mampu untuk buang akan sayang dan sukanya itu. Entahlah. Aku tidak tahu.

Makin aku berfikir, makin banyak persoalan yang muncul. Makin banyak adengan drama yang aku lakukan.

Malu kadang menerpa, bila memikirkan pipi yang tersorong-sorong.

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ