BUTA ATAU TIDAK?

Aku merupakan manusia biasa seperti kalian yang lain. Ingin mencintai dan juga ingin dicintai. Ingin menyayangi dan juga ingin disayangi. Itu adalah lumrah biasa dalam kehidupan dan di atas muka bumi ini. Adakah manusia di atas muka bumi ini tidak mahu semua itu? Sedangkan haiwan yang tidak mempunyai akal juga ingin disayangi dan dibelai oleh manusia, masakan tidak manusia itu sendiri?

Seiring dengan pernambah umur dan semakin berlalunya hari, mata aku kadang kala terbuka dan kadang kala dikaburi dengan sesuatu perkara. Seperti SAYANG? Kadang mata aku terbuka dengan begitu kuatnya kesan CINTA dan SAYANG itu sendiri. Perkara yang semudah itu, mampu menukarkan seseorang yang periang menjadi pendiam dan begitu juga sebaliknya. Bagaimana cinta dan sayang itu sendiri mampu membuatkan manusia itu tidak mampu untuk berfikir panjang atas satu keputusan yang telah dibuat. Bagaimana mata manusia itu telah menjadi buta daripada melihat kasih dan sayang yang lain disekelilingnya apabila hati telah kecewa. Bagaimana manusia bagaikan hilang harapan untuk kembali senyum menghadap dunia apabila sang mentari yang disayangi hilang dalam sekelip mata. Bagaimana kuatnya sayang seseorang yang pada hakikatnya tahu akan mana penghujung semuanya itu. Mata aku telah terbuka.

Dalam itu, tidak mampu aku menyangkalkan lagi bahawa ada masanya mata aku juga mampu menjadi buta. Buta menyayangi seseorang yang aku tahu tidak akan pernah untuk menyayangi diri aku kembali. Buta untuk menyedari bahawa semua yang sedang berputar dalam drama aku dan dia hanyalah merupakan jalan cerita yang hanya aku inginkan. Aku sepertinya tidak pernah berfikir secara jelas dan nyata. Buta menyayangi seseorang yang tidak mampu aku miliki. 

Yer, ini semua memudaratkan diri aku. Aku tahu akan semua itu. Aku sedar akan semua kesan yang telah terjadi. Pada aku. Pada dia. Pada manusia sekeliling aku. Dan yang paling penting, pada manusia yang aku sayang. 

Tidak pernah lekang nama dan wajahnya dari terus bermain difikiran aku. Tidak pernah sekali pun aku tidak merindui dirinya. Adakah aku jahat disini? Atau adakah dia? Atau semua ini hanyalah salah keadaan dan ketika?

Persoalan, hari demi hari makin bertambah. Penyelesaian masih belum mampu aku lakukan. Entahlah jiwa, entahlah hati. Jika aku mampu, ingin saja aku lenyapkan perasaan ini. Kerana aku sedar yang aku sedang melukai hati ramai manusia disekeliling aku. Itu kenyataannya. 

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

MASA