TAHUN BARU? AKU YANG BARU?


SELAMAT TAHUN BARU UNTUK AKU, KAU DAN SEMUA.

Tahun baru? Baru seminggu sahaja masuk ke tahun yang berbeza. Dari tahun 2020, kini kita semua berada di dalam tahun 2021. 

Aku cukup yakin, semua orang pastikan menghajatkan sesuatu yang baik terjadi dalam hidup di tahun yang baru ni kan? Dari status single, menjadi status taken. Atau lagi baik adalah menjadi status engaged atau married. Semua itu jodoh kan? Bukan kita yang menentukan. Kalau satu perhubungan itu mula terjalin di awal tahun ini, alhamdulillah. Itu semua rezeki. 

Tapi bagaimana dengan status mempunyai seseorang untuk disayangi, telah berubah menjadi keseorangan? Apa akan jadi pada orang yang hilang perhubungan 3tahun hanya dalam masa 2 hari? Perhubungan yang selama ni cuba dipertahankan kini hanya tinggal kenangan? 

Tapi kita hanya manusia biasa, kan? Kita tidak tahu yang apa akan terjadi pada kita akan datang. Jadi begitu juga dengan satu perhubungan. Kita tak tahu sejauh mana hubungan itu akan pergi. Sedangkan hubunga yang lagi lama, mampu untuk hilang dalam sekelip mata. Sakitnya pasti akan lebih terasa kan?

Sedih. Sakit. Kecewa. Ralat. Dan banyak lagi hadir dalam satu masa ke jiwa aku. Kerana, JIWA aku sudah hilang. Hilang kerana ketidak jujuran. Maka, untuk apa aku tunggu dan terus berharap. Kerana semua itu tidak akan pernah mengubahkan apa. 

Jadi?

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK AKU DAN KAU. 

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ