STRESS?

Sapa yang dekat dunia ni yang x pernah stress yang sampai kadang-kadang semua orang yang ada kat sekeliling boleh kene marah tanpa sebab atau tanpa salah sikit pun dekat kita? Aku rasa mesti semua orang pernah rasa macam tu kan? Bukan aku sorang je yang jadi macam tu kan? Bukan aku sorang saja yang stress sekarang ni kan?

Jujur aku cakap sekarang yang aku dalam mod yang STRESS!!! Susuh aku nak cakapp yang apa sebabnya stress aku sekarang ni sebab banyak sangat sumber-sumber yang tak sepatutnya membuatkan aku stress dengan semua orang. Sampai budak-budak pun aku boleh marah. Sabor je la…

Minggu ni memang sangat merunsingkan. Yang pertama, pasal opah aku. Baru-baru ni opah aku da kemalangan skit dan masa benda tu berlaku, aku ada dekat rumah. Jadi dalam masa yang sama, aku takut yang aku akan menjadi punca dengan apa yang berlaku dekat opah aku. Aku takut yang akau akan dipersalahkan dengan apa yang berlaku dan dalam pada masa yang sama aku rasa mereka pasti dah x percaya untuk opah aku duduk balik dengan aku. Dan dalam pada masa yang sama, aku duduk pada rumah yang bukan hak aku. Jadi macam yang ada orang cakap dekat aku, mungkin ini masanya untuk aku keluar dari rumah tu sebelum aku mula sambung belajar. Tapi hati aku masih berbelah bagi untuk tinggalkan ipoh yang menjadi rumah aku untuk 20 tahun aku hidup dan bukan senang untuk tinggalkan opah aku.


Yang keduanya, minggu ni merupakan minggu banjir dekat manjoi. Walaupun aku bukanlah tinggal dekat dengan kawasan yang berlaku banjir tu, tapi da la seorang yang aku kenal, terkena dengan musibah tu. Mungkin ini sudah kehendak-Nya. Siapa kita untuk  menghalang apa yang telah ditetapkan. Tapi dalam pada masa yang sama, aku da rasa skit rasa bersalah sebab ketika dia dalam kesusahan aku tak mampu nak tolong apa-apa pun. Tak sempat aku nak bertanya khabr, dan jauh sekali lah untuk aku bantu dia dekat rumah tu. Tapi bukan niat aku untuk buat mcam tu, tapi aku dah ditugaskan untuk bantu pak cik aku jaga anak-anak dia dan dalam pada masa yang sama aku tak boleh tinggal opah aku yang tak beberapa sihat seorang diri, jadi aku tak mampu tau dalam bahasa yang lebih tepat tak ada masa untuk tolong dia. Jadi ni yang buat aku rasa serba salah dan stress sbb aku rasa aku tak mampu nak tolong dia. Aku rasa serba salah sangat dan aku harap yang dia akan paham.

jadi secara keseluruhannya, minggu ni penuh dengan STRESS!!!

Comments

Popular Posts