SELAMAT TAHUN BARU 2015

ASSALAMUALAIKUM…

ALHAMDULILLAH pejam celik, pejam celik setahun telah hampir ke penghujungnya. ALHAMDULILLAH dalam masa satu tahun ini, Allah masih memberi peluang untuk aku bernafas dan hidup di atas dunia ciptaan-Nya ini.

Siapa sangka, dalam satu tahun yang bila difikirkan balik merupakan satu jangka masa yang panjang, boleh berlalu pergi dengan begitu cepat tanpa sesiapa pun mampu untuk hentikannya. Dan dalam jangka masa itu jugalah perlbagai cerita sedih dan gembira, suka dan duka dalam kehidupan aku, kehidupan family aku, dan juga kehidupan rakan-rakan aku yang turut memberikan tempias pada aku telah dilalui dengan tenang.

Walaupun, hampir masuk ke tahun baharu ini masih ada perhubungan atau masalah yang masih belum dipulih atau diselesaikan. Bak kata orang kat sekeliling aku, benda buruk bertambah menjadi buruk, benda yang baik bertambah menjadi baik. Ada yang susah untuk mencari jalan penyelesaiannya sebab masing-masing tinggi dengan ego masing-masing termasuklah aku jugak. Sabor je la.

Dan bila disentuh mengenai hampir akhir tahun ni, orang yang sudah bekerja (atau lebih tepat kerja pejabat) sebab aku sendiri pun penat sangat bila tengok abang angkat aku dah macam orang nak gila je kat pejabat dan tak cukup dengan itu, dekat rumah pun dah jadi macam pejabat je gayanya. Aku pun nak jumpa dia makin susah bila nak dekat akhir tahun ni. Dan dalam pada masa yang sama, aku bersyukur sebb akhir tahun ni sudah masuk tahun kedua aku kenal dengan dia. Dan segala pengalaman aku dengan dia, sungguh mengujakan. Siapa sangka hanya kami berdua, dah lepas ke Medan. Hehehe..

Dan dalam akhir tahun ni jugak, yang sedihnya. Da hubungan persahabatan kawan-kawan aku semakin jauh dan semakin renggang. Walaupun kadang-kadang ada mesej, tp aku ttap menjadi orang tengah. Dan bila aku mnjadi orang tngah, itu bukanlah satu perkara yang baik. Itu begitu mnyedihkan aku.

Tapi walau apa pun yang berlaku, tahun baru tetap akan hadir. Jadi dengan ikhlas mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2015 kepada semua rakan2, ahli keluarga dan pada sesiapa yang bukak blog aku ni. Smoga tahun 2015 ini menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun 2014 dan menjayakan azam tahun baru yang masih belum dilakukan. (termasuk aku)

#PRAY4PANTAITIMUR


SELAMAT TAHUN BARU 2015

Comments

Popular posts from this blog

PEDIH

KEPUTUSAN HAMPA

TAHUN BARU? AKU YANG BARU?