TAHUN BARU

 Assalamualaikum..


Blog… ohh… blog…

Dah lama aku tak mencurahkan pendapat atau kata2 kat dalam blog aku ni. biasalah dulu bila aku tak bekerja, banyaklah masa untuk aku luangkan dengan menulis dekat blog, menulis novel dan macam2 lagi. Tapi sejak hampir masuk 5 bulan menerima gaji ni, aku jadi jarang buat semua tu. bukan tu je, tengok tv pun aku dah kurang sekarang ni. biasanya lepas balik dari kerja, mesti tidur terus sebelum aku buat apa2.

Jadi memang aku tidak ada masa untuk buat semua tu. sekaranng ni pun aku baru je lepas balik dari kerja. Jadi sebelum mula melelapkan mata aku yang sudah semestinya berat ni, baik aku menulis dahulu sebelum semua yang ada dalam kepala aku ni, hilang begitu sahaja.

Mula2 sekali, dalam lebih kurang 20 hari lagi kita akan masuk ke dalam tahun baharu iaitu tahun 2016. Ini juga bermaksud, bermulalah azam baharu bagi sesetengah masyarakat dah mungkin juga masih ada yang meneruskan azam awal tahun lepas yang masih belum terlaksana. Tapi macam biasa dan seperti tahun2 yang sebelumnya, aku tak ada azam tahun baru pun. Aku malas untuk membuat azam kerana aku tahu yang belum tentu aku dapat laksanakan.


Cuma yang aku harapkan semua benda yang aku jalani dan setiap hari yang berlalu akan berjalan dengan sempurna dan dengan baik. Siapa yang nak semua apa yang dirancang tidak menjadikan? Jadi itulah doa aku untuk tahun akan datang yang aku sendiri tidak tahu sama ada itu dikira sebagai azam tahun baru mahupun tidak. Hhahaha.

Jadi pada sesiapa sahaja yang mengenali diri aku ini atau pun pada yang tidak kenal, ingin aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2016..




Moga tahun baru ini akan menjadi tahun yang membawa perubahan dalam hidup kita.

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ