SALAM LEBARAN 2015
Assalamualaikum...
Terlebih dahulu ingin insan yang biasa ini mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI. Ingin diri ini memohon maaf atas
kesalahan dan kesilapan yang pernah diri ini lakukan sama ada sengaja mahupun
tidak sengaja. Terutama pada yang mengenali diri ini. Sahabat, keluarga dan
juga yg hanya mengenali dari jauh (pembaca blog saya ini).
Tahu ini merupakan tahun yang begitu lain dari tahun-tahun
yang sebelumnya. Tahun ini buat kali pertama aku berpuasa selama satu bulan di
rumah ayah aq di Kamunting. Tahun ini merupakan tahun yang pertama aku menyambut
hari lebaran disini. Serius aku cakap yang sedih juga sebab tahun ni aku tak
dapat nak beraya dengan mak cik dan pak cik aku yang ada, dan aku tak dapat nak
beraya dengan sahabat-sahabat aku. Tahun ni aku terasa aku beraya di perantauan
sedangkan aq sedang ada di rumah sendiri.
Aku tak tahu nak terangkan bagaimana, tapi aku terasa tahun
ini cukup berbeza dengan raya tahun yang sudah. Tapi aku tahu yang aku tidak
mampu buat apa-apa kalau itu sudah ditakdirkan. Aku hanya mampu menerima sebab
itu bukan milik aku dan selama ini aku hanya menumpang. Itu sahaja.
Jadi sekarang aku cuba untuk terima perasaan beraya di rumah
sendiri. Masih terus untuk mencuba...
SALAM LEBARAN AIDIL FITRI 2015
Comments
Post a Comment