KEHILANGAN LOGIKAL
Assalamualaikum..
Siapa dalam dunia ni yang tidak pernag jatuh cinta? Siapa
dalam dunia ni yang tak pernah menyayangi seseorang atau disayangi oleh
seseorang? Walaupun sekali? Siapa boleh mengaku?
Tetapi bagi aku, semua orang pada zaman moden sekarang pasti
pernah dalam hidup mereka walau sekali jatuh cinta. Sebab apa aku berani cakap
macam tu? Sebabnya budak darjah 1 zaman sekarang pun dah pandai
bersayang-sayang denga awek atau teman lelaki mereka dalam facebook atau apa
sahaja laman sosial. Jadi sebab tu aku berani kata yang pada zaman sekarang
begitu susah untuk mencari seseorang yang masih suci dalam percintaan.
Begitu juga aku. Aku pernah menyayangi dan di sayangi
seseorang untuk beberapa kali. Hati aku pernah beberapa kali jatuh cinta dengan
seseorang yang aku fikir mampu membuat aku tersenyum, membuat aku gembira dan
juga mampu menjadi penaik semangat untuk aku. Tapi ada betul juga kata orang
lain, yang kebanyakan cinta pada zaman persekolah adalah cinta monyet.
Namun, umur aku kini sudah semakin hampir menjangkau 21
tahun. Banyak kawan aku yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga kawan baik
aku sendiri sudah mengandung. Alhamdulillah. Tapi pada usia ini, sudah mampukah
aku mengawal hati aku agar tidak terlalu jauh dalam buaian sayang? Mampukah aku?
Aku sendiri pun tidak mampu nak jawab soalan tu.
Sebab aku tahu yang hidup aku rumit, perasaan aku rumit dan
persekitaran aku juga begitu merumitkan. Tapi buat masa sekarang aku masih
tidak serik untuk sayangkan seseorang. Jadi aku begitu harap yang dia juga
begitu.
(aku suka berfikiran atas landasan logikal, namun bila hati dibuaikan
dengan sayang dan cinta membuatkan logikal aku hilang sesekali. Aku ketawakan
diri aku sendiri pada saat ini.)
Comments
Post a Comment