KEMBALI BERSUARA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku dah lama x menulis dekat blog ni atau dalam kata lainnya aku dah lama x update. Aku kebelakangan ni sibuk sikit dengan urusan aku nak smbung belajar, sibuk dengan urusan nak pindah dari Ipoh ke Taiping dan juga sbuk menjaga hati2 orang sekeliling aku tidak kira lama atau baru.

Bab sambung belajar tu. Ya, aku akan sambung ambil ijazah selepas hampir setahun setengah aku menganggur tanpa ada sebarang hasil yang aku lakukan. Sampaikan apa yang aku buat tu, telah mendatangkan dosa kering pada orang sekeliling aku. Sebab apa aku cakap macam tu? sebabnya ialah, aku yang x belajar dan x bekerja ni buatkan da sesetengah orang yang suka menjaga tepi kain orang lain, membawa mulut pasal aku. Dan tidak cukup dengan itu, boleh pulak kaitkan dengan family aku yang tak da kena mngena. Sbor je la.

Bab pindah Taiping ni pulak. Sejak opah aku jatuh aritu, aku buat kputusan sudah smpai masanya untuk aku pindak ke Taiping dimana rumah keluarga aku sendiri berada. Cukuplah masa yang begitu lama aku duduk di Ipoh atas sebab aku menjaga opah aku dan aku menemaninya. Sekrang biarlah aku duduk dekat harta milik keluarga aku lagi supaya aku tidak terasa dan ambil hati. Tapi ini smua hanya seketika. Sebab aku akan balik ke tempat aku dilahirkan sebab aku sambung belajar pun dekat Ipoh. Jadi, SELAMAT KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN.

Bila aku dah jauh dari Ipoh, ini juga bemaksud yang aku jauh dari rakan2 aku yang aku sayang. Jadi selama aku diam ni, aku cuba balik sekali sekala ke Ipoh untuk berjumpa dengan rakan2 aku. Itu pun yang mana aku sempat jumpa sebab masa yang terlampau singkat dan juga tmpat tinggal. Dan tidak lupa abang angkat aku yang aku sayg. Dia menjadi orang yang wajib aku luangkan masa bila aku balik ipoh. Jadi lepas ni senang balik kami nk menyongket. Juga, tidak lupa orang baru yang aku kenal. Orang baru yang masih aku cuba untuk kenal hati budi. Orang yang masih baru aku nak tahu. Jadi hati itu juga aku perlu jaga.


DOAKAN AKU YANG TERBAIK…

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ