TAIPING!!! KAMI DATANG..

Assalamualaikum…
Hai… Sejak akhir2 ni aku dah jarang postkan benda baru dalam blog aku ni. Biasalah bila rumah ngah kelam kabut, Tak ada masa nak buat semua benda ni. Gaya aku tulis macam ramai je yang visit aku punya blog ni kan? Padahal hanya beberapa kerat je. Tapi yang pasti aku masuk kan benda yang berkaitan dengn diri aku, keluarga mahupun kawan aku, Bukan untuk mengharapkan korang masuk blog aku. Tetapi hanya mahu berkongsi kegembiraan dan kesedihan aku. (walau ada yang mungkin tak suka.)

Okey, hari ni aku nak cerita pasal aktiviti yang yang hampir sebulan pun lepas. (biasalah sibuk sikit). Iaitu aktiviti aku dan kawan2 aku yang datang membuat lawatan ke Taiping, Perak. Walau rancangan yang kami buat ni pada mulanya mengalami pelbagai rintangan (biar kami saja yang tahu), tetapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar akhirnya. Walau ada yang tak dapat join aktiviti kami ni, tapi insyallah akan ada yang lain nanti.

Perancangan awal kami, nak naik Bukit Larut yang aku sendiri pun tidak pernah pergi selama aku tinggal dekat sini. Aku sendiri pun tak tahu macam mana rupanya bila kita berada dekat atas tu. Macam mana keindahan yang ada dekat atas tu. Tapi sayangnya semua terpaksa diubah semula sebab kesuntukan masa. Masa yang agak terhat untuk berada di Taiping membuatkan kami tukar arah tuju kami ke Zoo Taiping.

Dekat sana best jugak la. Tapi bukan best sebab tengok haiwan2 dekat sana. Tapi seronok sebab kami dapat meluangkan masa bersama2 dengan kawan walau dalam keadaan cuaca yang hujan. Memang lawak bila mereka boleh buat aku berlari dalam hujan. Itu yang aku tak dapat lupakan.

LADIES...

BOYs...

KENANGAN

BATCH'94

Lepas tu kami teruskan perjalan kami ke Taman Tasik untuk sesi main bot dan menangkap gambar sebelum yang lain balik semula ke ipoh. Walau sekejap mereka ada bersama dengan aku. Tetapi aku cukup gembira bila ada dengan mereka. Dan sedikit sebanyak dapat melupakan masalah aku.

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ