SELAMAT BAKAL PENGANTIN BARU, MINAH KILANG

Assalammualaikum…

Alhamdulillah. Perkara yang berkaitan dengan JODOH, MAUT, dan REZEKI semuanya datang dari Allah S.W.T. siapalah kita untuk menidakkan apa yang telah ditetepkan untuk kita sejak awal lagi. Macam orang selalu kata, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun yang akan menentukan sama ada menjadi atau tidak hanya-Dia. Walaupun orang akan cakap, apa yang aku tulis sebentar tadi merupakan satu ayat yang basi dan orang lain selalu gunakan, tapi benda yang aku cakap tu betul. Tak dapat disangkalkan lagi. Itu semua orang tahu walaupun pn dia tak secerdik mana.

Dan perkara yang aku nak maklumkan dekat sini ialah berkaitan dengan JODOH. Hahahaha,,, Alhamdulillah, lagi dua minggu kawan aku yang merupakan kawan mengumpat, kawan gembira, kawan sedih, kawan yang menyusahkan, kawan yang menyenangkan dan merangkap MAMA aku, bakal mendirikan rumah tangga atau dengan bahasa yang lebih formal bakal BERNIKAH.

Siapa sangka, rupanya dia yang akan bertukar title dulu sebelum aku. Bertukar title dari Cik Intan kepada Puan Intan. Seronok aku rasa dia bakal berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan dia. Alhamdulillah.

Tapi ada juga yang sedihkan aku. Jadi maknanya lepas ni tak da la tempat aku nak sembang jahat. Tak adalah tempat aku nak kongsi gelak ketawa. Maklumlah, bila dah jadi isteri orang, kita kene la paham2 kan?

Tapi yang pasti, aku gembira untuk dia.





SELAMAT PENGANTIN BARU, SAHABAT.

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI 4HARI 3MALAM

Selamat tahun baru

HUBUNGAN YANG TIDAK AKAN KEMANA