Salam Takziah

DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita akan kembali. Yang membezakan umat, hanyalah dosa dan pahala.

Kita manusia biasa, pasti tidak akan mampu lari dari apa yang telah ditetapkan untuk kita. Jodoh, rezeki, ajal dan sebagainya telah ditetapkan sejak sebelum kita lahir lagi. Cuma kita sebagai manusia yang tidak mengetahui bila dan bagaimana akan berlaku.

Sebagai manusia biasa juga, aku pasti akan berhadapan dengan perkhabaran perginya seorang hamba ALLAH tidak kira kenalan rapat atau tidak, lelaki atau perempuan, sahabat atau saudara. Benda itu pasti akan aku hadapi.

Seperti baru² ini yang mendapat perkhabaran perginya isteri seorang rakan baru aku. Walau baru berkawan dan berkenalan, rasa sedih dan kasihan atas perkhabaran itu pasti ada. Kerana aku dan dia juga manusia biasa.

Mungkin aku tidak mampu untuk membantu lebih dalam kehilangan dia, namun sebagai manusia aku hanya mampu mengucapkan takziah dan berian kata semangat. Moga isterinya ditempatkan dengan golongan orang yang beriman. Amin. Insyallah.

AL-FATIHAH...

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ