Maafkan AKU

Tahun demi tahun, umur akan meningkat. Walau kita cuba untuk menghalangnya, umur akan terus bertambah seiring dengan waktu dan juga masa. Siapa kita untuk menghentikan pertambahan umur tu kan?

Tipu jika manusia semua tidak pernah duduk diam dan suasana yang sunyi sambil memikirkan apa yang telah kita lakukan dalam hidup ini. Apa sumbangan kita yang paling besar untuk hidup kita sendiri. Adakah kini diri telah berada dalam satu keadaan yang lebih baik? Lebih kaya? Atau perkara yang paling senang untuk dicapai, adakah diri ini lebih bahagia?

Dalam beberapa bulan, umur aku akan menjangkau usia 24tahun. Sekejap sahaja aku rasakan yang aku sudah hampir genap 3tahun mempunyai kerjaya dan sumber kewangan aku sendiri. Mungkin lambat, tapi ALHAMDULILLAH aku masih mampu memberi kesenangan pada diri aku sendiri. ALHAMDULILLAH.

Tapi adakah itu sahaja pencapaian aku? Aku sendiri masih tidak tahu. Ada saja yang menggangu aku. Aku juga inginkan kebahagiaan, tapi adakah kebahagiaan itu diciptakan untuk aku? Aku juga ingin hidup gembira dengan orang yang aku sayang, tapi adakah orang itu diciptakan untuk menjadi jodoh aku?

Sedih, memang sedih bila memikirkan perkara itu. Tapi siapa kita wahai manusia untuk menolak apa yang telah ditetapkan. Seperti ada manusia yang berkata, bahawa aku hanya PENJAGA JODOH ORANG. Tahu dia bukan milik aku, tapi masih mahu menjaga perhubungan yang sedang retak.

Hati pernah berbisik, untuk meninggalkan manusia yang tidak pernah menghargai apa yang telah diri aku lakukan. Bukan mintak untik dibelai, bukan mintak untuk dimanja setiap masa. Tapi cukuplah dengan mengambil berat diri yang dipanjang kosong ini.

Bukan tidak pernah juga diri ini terasa seperti manusia yang tamak. Tidak cukup dengan perhatian yang telah diberikan pada aku. Namun, mungkin setan yang paling dibenci TUHAN sedang menghasut aku. Siapa yang tahu apa yang sedang makhluk itu lakukan?

Hati hanya mampu menenangkan jiwa dengan kata-kata semangat sahaja. Berharap dengan berjalannya masa, berlaku juga perubahan dalam perhubungan ini. Aku sakit walau tidak nazak pada fizikal. Sebab orang kata, sakit pada jiwa lebih parah.

Aku sudah penat untuk bersuara, biarlah masa yang layak untuk menentukan. Semoga satu perhubungan yang ingin sampai ke hujung nyawa, mampu menjadi kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ