HARAPAN

Manusia?

Kalau ikut secara logik akal dan apa yang telah diri kita sedia tahu, manusia dijadikan di atas muka bumi ini dengan adanya perasaan, akal dan nafsu dalam dirinya. Betul kan?

Tapi kita sebagai manusia juga sedia tahu yang manusia mampu dan boleh melakukan kesalah dalam hidup dengan menggunakan tiga perkara ini sebagai asasnya. Betul kan?

Sebagai contoh, manusia mampu terjerumus dalam sesuatu yang begitu gelap dalam hidupnya apabila diri diselungi oleh nafsu dan tidak diselitkan akal dan juga perasaan.

Ada juga manusia yang menyayangi manusia lain dimuka bumi ini dengan sepenuh perasaan dan tidak ada sedikit pun akal fikiran bagi menentukan perkara itu betul atau pun tidak. Betul kn?

Manusia memang pelik kan?? Sebab manusia mampu membuat apa sahaja sehinggakan mampu merosakan diri sendiri tanpa mengunakan akal yang sihat walau sikit pun. Pelik, tapi itulah kenyataan nya.

Tapi adakah manusia diciptakan di atas muka bumi ini hanya untuk menempuhi semua perkara2 yang hanya melibatkan nafsu, akal dan perasaan saja?

Bagi pendapat aku, manusia boleh buat lebih lagi. Sampaikan manusia mampu mencapai lebih dari apa yang diri fikirkan.

Lantas itu, jadilah manusia yang tidak sia2 kan hidup dengan perkara2 remeh itu. Jadilah manusia yang lebih kuat untuk menghadapi perkara yang bakal ditempuhi akan datang. Ini adalah pesanan untuk diri sendiri dan pada sesiapa yang ingin muhasabah diri.

Jadilah manusia yang lebih baik dan lebih kuat. ❤❤❤


Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ