MIMPI



Mimpi? Apa itu mimpi? Adakah mimpi itu hanya satu mainan tidur atau mimpi itu satu benda yang bakal berlaku dalam hidup kita. Orang tua-tua pernah cakap kalau kita bermimpi pada waktu subuh, mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kalau kita mimpi pada waktu tengah hari (ni pada sapa yang suka bangun lambat), mimpi tu hanya mainan tidur? Boleh ke kita percaya pada apa yang orang sebelum kita itu cakap? Sedangkan kita tak tahu benda itu sahih atau pun tidak.


Tapi aku percaya satu mengenai mimpi, yang semua orang akan sokong dengan apa yang aku percaya dan dengan apa yang akan aku cakap sebentar lagi. Betul tak?

Sebenarnya aku Cuma percaya yang mimpi ini membuatkan membuatkan hati kita kadang kala menjadi sedih sekiranya mimpi itu menyedihkan, menjadi marah apabila mimpi itu tidak seperti yang diinginkan, menjadi gembira apabila perkara yang tidak akan menjadi nya muncul dalam mimpi, dan berada tidak puas hati apabila semua itu hanya mainan tidur semata-mata.


Itulah yang terjadi kepada aku minggu ni. Emosi aku yang sebelum ini aku cuba untuk tenang dan berusaha kembali normal menjadi kembali tidak tentu arah, termenung seorang diri, berangan dengan angan-angan yang tidak akan terjadi dan bermain dengan kenangan yang lalu dan ini semua berlaku hanya dengan satu MIMPI yang aku sedar daripada awal yang benda itu tidak akan pernah, tidak akan sesekali dan juga tidak akan menjadi angan jika orang itu waras dan yang pastinya tidak macam aku.

Namun, mimpi itu masih menjadi satu harapan bagi aku yang sentiasa berharap akan menjadi kenyataan satu hari nanti dan mungkin pesanan yang ringkas yang aku terima tiap hari akan terselit pesanan ringkas dia (hanya angan-angan) atau pesanan ringkas orang yang mampu terima aku seadanya (hanya harapan).

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI 4HARI 3MALAM

Selamat tahun baru

HUBUNGAN YANG TIDAK AKAN KEMANA