DUA PERKATAAN
“Terima kasih. Thank
you. Salamat.”
Perkataan-perkataan diatas memang kita nampak sikit je yang
hanya mempunyai beberapa patah perkataan dan juga beberapa suku kata yang tidak
sampai 5 saat pun untuk kita sebut. Tapi kenyaatan yang harus kita percayaai
ialah perkataan yang pada mulanya kita anggap mudah atau simple untuk disebut
inilah merupakan perkataan yang begitu susah untuk dikeluarkan oleh seprang
manusia atau hamba Allah S.W.T tidak kita sama ada lelaki atau perempuan.
Mungkin pada sesetengah manusia perkataan-perkataaan ini
tidak menggambarkan apa-apa kepada sesiapa pun sama ada mereka sebut atau pun
tidak kerana mereka mungkin berpendapat apa ada pada dua patah perkataan yang
hanya mempunyai lima suku kata dan dua saat untuk menyebutnya. Dan kita tak
boleh nak lepas pandang yang mungkin mereka tak sebut benda tu sebab mereka nak
cepat kejar sesuatu yang lebih pending bagi mereka (bersangka baik).
Mungkin juga mereka tidak sedar yang dengan hanya dua patah
perkataan ini mampu membuatkan seseorang manusia lebih dihargai yang tidak
kiralah sama ada dalam kehidupan bekerja, belajar atau kehidupan seharian yang
lain. Dan juga dengan perkataan-perkataan ini jugalah yang mampu mengubah persepsi
seseorang terhadap orang lain akan berubah daripada yang buruk kepada yang
lebih baik, daripada kurang senang kepada hormat, daripada benci kepada sayang.
Perkataan ini juga bukanlah menjadi hak milik sesiapa
mahupun kerajaan kerana dua perkataan ini merupakan milik semua orang. Jadi
tidak perlulah seseorang itu berfikit yang hanya orang bawahan atau orang yang
menerima bantuan sahaja yang perlu mengeluarkan perkataan ini daripada bibir
mereka. Kerana tidak salah sekiranya seorang ketua mahupun yang membantu
mengucapkan terima kasih kerana mungkin secara sedang mahupun tidak, kita juga
pernah di”TOLONG”.
(apa yang saya tulis ini bukanlah ditujukan kepada sesiapa
kerana dalam pada masa yang sama apa yang saya tulis ini menjadi pedoman untuk
saya kembali. MENJADI PEDOMAN BUAT SEMUA. TERIMA KASIH.)
thankiu buleh x??? hahaha kalau peniaga benda ni wajib sebut tau... nnt plggan larik.. ;)
ReplyDeletemana2 pun boleh. bkan tkat perniaga sahaja yg prlu amalkn bnda ni, tp bos atau pkerje pn patut amalkan. aku tulis bnda ni lpas kwan aku luahkan prasaan dia yg buat aku yg dngr ni pn mrah. tp kalau org dh mcm tu, kita x bleh ubahkan??
ReplyDelete