DUA PERKATAAN

 “Terima kasih. Thank you. Salamat.”
Perkataan-perkataan diatas memang kita nampak sikit je yang hanya mempunyai beberapa patah perkataan dan juga beberapa suku kata yang tidak sampai 5 saat pun untuk kita sebut. Tapi kenyaatan yang harus kita percayaai ialah perkataan yang pada mulanya kita anggap mudah atau simple untuk disebut inilah merupakan perkataan yang begitu susah untuk dikeluarkan oleh seprang manusia atau hamba Allah S.W.T tidak kita sama ada lelaki atau perempuan.

Mungkin pada sesetengah manusia perkataan-perkataaan ini tidak menggambarkan apa-apa kepada sesiapa pun sama ada mereka sebut atau pun tidak kerana mereka mungkin berpendapat apa ada pada dua patah perkataan yang hanya mempunyai lima suku kata dan dua saat untuk menyebutnya. Dan kita tak boleh nak lepas pandang yang mungkin mereka tak sebut benda tu sebab mereka nak cepat kejar sesuatu yang lebih pending bagi mereka (bersangka baik).

Mungkin juga mereka tidak sedar yang dengan hanya dua patah perkataan ini mampu membuatkan seseorang manusia lebih dihargai yang tidak kiralah sama ada dalam kehidupan bekerja, belajar atau kehidupan seharian yang lain. Dan juga dengan perkataan-perkataan ini jugalah yang mampu mengubah persepsi seseorang terhadap orang lain akan berubah daripada yang buruk kepada yang lebih baik, daripada kurang senang kepada hormat, daripada benci kepada sayang.

Perkataan ini juga bukanlah menjadi hak milik sesiapa mahupun kerajaan kerana dua perkataan ini merupakan milik semua orang. Jadi tidak perlulah seseorang itu berfikit yang hanya orang bawahan atau orang yang menerima bantuan sahaja yang perlu mengeluarkan perkataan ini daripada bibir mereka. Kerana tidak salah sekiranya seorang ketua mahupun yang membantu mengucapkan terima kasih kerana mungkin secara sedang mahupun tidak, kita juga pernah di”TOLONG”.

(apa yang saya tulis ini bukanlah ditujukan kepada sesiapa kerana dalam pada masa yang sama apa yang saya tulis ini menjadi pedoman untuk saya kembali. MENJADI PEDOMAN BUAT SEMUA. TERIMA KASIH.)

Comments

  1. thankiu buleh x??? hahaha kalau peniaga benda ni wajib sebut tau... nnt plggan larik.. ;)

    ReplyDelete
  2. mana2 pun boleh. bkan tkat perniaga sahaja yg prlu amalkn bnda ni, tp bos atau pkerje pn patut amalkan. aku tulis bnda ni lpas kwan aku luahkan prasaan dia yg buat aku yg dngr ni pn mrah. tp kalau org dh mcm tu, kita x bleh ubahkan??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ