RAHSIA (BAB 4)

BAB 4 : KAMPUNG SILAH
            Ahli jemaah Surau Kampung Silah mulai kelihatan bersantai di perkarangan surau sambil berbual bersama jemaah yang lain setelah selesai menunai solat fardu Isyak. Dari pintu hadapan surau kelihatan susuk tubuh Pak Husin, Adam, Amran dan Hafis yang merupakan adik bongsu kepada Adam. Jemaah surau yang sedang berbual di tangga surau berasa hairan kerana mereka tidak pernah melihat Amran sebelum ini di kampung mereka itu dan tambah menghairankan selama keluarga Pak Husin menetap di kampung itu, mereka tidak pernah dikunjungi oleh sesiapapun melainkan penduduk kampung itu sendiri.
            Pak Husin yang sedang menuruni tangga dapat merasakan bahawa sesetengah jemaah surau memerhatikannya dengan penuh persoalan di minda mengenai susuk lelaki yang baru sahaja hadir dalam keluarga mereka itu. Pak Husin yang Baru sahaja ingin menyarungkan kasut di kaki kanannya mulai terdengar akan namanya dipanggil oleh salah seorang jemaah surau itu.
            “Pak Husin! Pak Husin!”
            Pak husin yang kehairanan mulai menolehkan kepalanya ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil namanya itu. Dari kelompok itu terlihat Pak Kamal sedang melambai-lambai tangannya sambil memanggil nama Pak Husin. Pak Kamal merupakan sahabat baik Pak Husin dari kecik lagi. Pak Kamal yang sering membantu keluarga Pak Husin ketika mereka dalam kesusahan terutama ketika keluarga Pak Husin dihalau oleh anak tauke sebelum ini. Pak Husin juga diberikan kerja di kedai runcit Pak Kamal yang terletak tidak jauh dari surau itu yang memudahkan Pak Husin berulang-alik dari rumah ke kedai dengan basikal tuanya itu.
            “Oohhh. Kamu rupanya Kamal. Ingatkan siapa tadi.”
            Pak Kamal yang mulai meninggalkan kumpulan tersebut melangkah menuju ke tempat Pak Husin sedang berdiri lalu menarik tangan Pak Husin menjauhi Adam dan Amran sedang berdiri.
“Husin, sapa budak laki yang dengan kamu tu? Anak sedare kamu ke?” tanya Pak Kamal kepada Pak Husin.
“Ish! Kamukan tahu yang aku ni anak tunggal je. Mana nak datangnya anak sedara. Dari langit?” gurau Pak Husin sambil ketawa kecil.
“Dia tu bos kepada Adam. Dia datang ke mari nak rasa hidup ngan suasana dekat kampung kita ni. Tu yang Adam bawak dia balik sini tu. Dia kat sini pun bukannya lama. Esok lusa dia balik la Kuala Lumpur tu balik.”
“Apa keje dia Husin? Aku tengok macam orang kaya je? Bawak kereta besor lagi tu. Besor ke keje dia?”
“Kamu ni. Itu yang disibukkan? Besor juga le keje dia kat Kuala Lumpur tu. Dengor citer dia tauke kilang tempat Adam keje sekarang tu. Maknanya kaya jugak le.” jelas Pak Husin.
“Ayah! Mak dengan Hafizah dah keluar dah. Jom la balik.” terdengar jeritan Hafis dari belakang memanggil Pak Husin.
“Baiklah Kamal. Aku balik dulu ye? Besok kita jumpa dekat kedai.” kata Pak Husin sambil meninggalkan perkarangan surau.
“Balik dulu Pak Kamal!” sapa Adam sambil mengangkatkan tangan. Amran yang mengikut dari belakang juga mengangkatkan tangan kepada Pak Kamal.
            Melihat Pak Husin mulai meninggalkan surau dengan menaiki kereta Amram, Pak Kamal mulai menyertai semula kumpulannya itu. Keluarga Pak Husin berasa gembira menaiki kereta mewah yang dibawa oleh Amran kerana sebelum ini mereka tidak pernah menaiki kerete semewah itu. Selama ini mereka sekeluarga hanya mengunakan pengangkutan awam seperti bas sekiranya ingin pergi kemana-mana. Mereka sekeluarga hanya pernah naik kereta Pak Kamal tang tidak semewah kereta Amran sekiranya mengalami kecemasan seperti yang berlaku sebelum ini ketika Hafis mengalami sakit demam yang teruk hingga perlu rawatan di hospital.
            Melalui cermin pandang belakang, Amran dapat melihat dengan jelas raut wajah Pak Husin, Mak Jah dan anak-anak begitu seronok menaiki keretanya itu. Hal ini menyebabkan Amran membawa mereka pusing di pekan terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Di pekan, Amran membawa Adam dan Pak Husin sekeluarga keluar makan di salah sebuah restoran yang menyediakan makanan ala Thailand. Pak Husin sekeluarga berasa seronok kerana sebelum ini mereka tidak pernah merasa masakan di restoran seperti ini. Adam yang hanya melihat, berasa malu dengan apa yang dilakukan oleh Amran kepada keluarganya dengan kemiskinan yang mereka miliki.
“Abang, terima kasih ye sebab bawa keluarga saya naik kereta abang dan belanja kami makan dekat restoran ini lagi. Tima kasih ye abang?”
“Adam, semua ni tak da beri makna apa-apa kepada abang  dan tidak mampu ditukarkan dengan layanan keluarga kamu berikan kepada abang walaupun kita baru je berkenalan petang tadi. Di rumah abang, abang tidak dapat merasai keadaan seperti ini dan sepatutnya abang yang berterima kasih dengan kamu.”
            Mendengar penjelasan Amran membuatkan hati Adam tersentuh dan hampir mengalirkan air mata namun ditahan kerana tidak mahu dilihat oleh keluarganya. Situasi yang berlaku di dalam kereta petang tadi belaku kembali apabila Amran menepuk bahu Adam. Hati Adam merasakan sesuatu yang lain dan amat berbeza dengan sentuhan lelaki lain yang dirasainya sebelum ini. situasi ini menyebabkan Adam berasa keliru dengan perasaannya itu. Amran juga merasakan perasaan yang sama dan dia merasakan perkara yang dahulunya telah lama di jauhkan kembali menghantui hidupnya.
            Mereka berdua tidak menghiraukan perasaan mereka dan kembali menumpukan perhatian kepada makanan yang dihidangkan di hadapan mereka. Pak Husin, Mak Jah, Hafizah dan Hafis kelihatan sungguh berselera dengan makanan yang dihidangkan. Ini membuatkan Amran berasa puas dengan apa yang dilakukannya kepada keluarga Adam.
            Malam kian menjelang subuh, mata Arman masih tidak mahu terlelap. Padahal mulutnya sudah berpuluh kali menguap menandakan keletihan. Namun, apabila matanya dipejam fikirannya akan melayang memikirkan perlbagai masalah. Tetapi yang menimbulkan pertanyaan pada dirinya, dia tidak terlintas pun merindui isterinya walaupun ini merupakan kali pertama dia meninggalkan isterinya dirumah kerana selama pernikahan mereka jika Amran mempunyai tugasan di dalam mahupun diluar negara, Anis pasti akan mengekori kemana sahaja suaminya pergi. Amran juga tidak kisah sekiranya Anis mengikutinya kerana dalam fikirannya tidak pernah terlintas untuk berselingkuh atau mencari wanita lain selain Anis. Hal ini membuatkan kasih sayang Anis semakin kuat kepada suami tersayangnya itu.
             Mata Amran merayap di setiap inci ruangan bilik yang gelap itu. Kadang-kadang dia cuba untuk melelapkan mata tetapi masih tidak mampu mencapai ke alam mimpi. Tiba-tiba mata Amran tertumpu kepada belakang badan Adam yang tidak mengenakan pakaian. Telah menjadi kebiasaan Adam apabila tidur tidak mengenakan baju kerana di kampung jika bukan musim hujan terasa begitu panas. Amran yang berpakaian lengkap ketika itu kelihatan berpeluh di seluruh badannya akibat kepanasan walaupun mempunyai kipas berkaki di sudut atas kepalanya.
            Pandangannya masih tertumpu di susuk tubuh Adam yang memiliki kulit yang putih walaupun kebanyakan kerja yang dilakukan oleh Adam ketika di kampung banyak terdedah kepada cahaya matahari. Namun perbezaan warna terbakar akibat cahaya matahari tidak begitu kelihatan. Adam memiliki tubuh badan yang amat cantik seperti seorang lelaki yang sering melakukan olahraga di gim atau sering berjoging untuk mendapatkan bentuk badan yang seperti itu.
            Adam memusingkan badan ke arah Amran secara tiba-tiba membuatkan Amran terkejut. Terlihat wajah Adam betul-betul berada dihadapan muka Amran hinggakan Amran dapat merasakan angin yang kencang dari nafas Adam. Tangan kiri Adam terletak di badan Amran hinggakan keadaan mereka menjadi begitu rapat.
            Jantung Amran begitu kencang hinggakan peluh yang keluar dari badan Amran menjadi makin bercucuran. Bantal yang dilapitkan di kepala Amran menjadi basah akibat keringat yang keluar. Jantungnya semakin lama semakin berdegup kencang bagaikan rasa mahu pecah. Kemudian, perhatiannya mulai berubah apabila melihat raut wajah Hasrl yang begitu menenangkan apabila dibuai oleh sang mimpi.
            Baru kini Amran dapat melihat dengan jelas rupa paras wajah Adam. Tangan Amran mulai menyentuh wajah Adam yang sedang dilihatnya itu. Amran menyentuh rambut Adam yang lurus, telingganya yang lebar, hidungnya yang mancung, dan menyentuh bibirnya yang tebal. Apabila melihat wajah Adam, Amran terimbas kembali apa yang dilakukan Amran sebelum dia menikahi Anis. Perkara yang tidak dapat diampunkan terutama Anis sekiranya dia mengetahui kisah silam Amran sebelum ini.
            Hati Amran mulai kembali berdebar setelah mengimbas kenangan silam. Lantas Amran bangun dengan tiba-tiba hingga menyebabkan tangan Adam yang terletak dibadannya ditempis dengan kuat. Adam yang terjaga melihat tingkah laku Amran yang berubah secara tiba-tiba.
            “Abang kenapa? Abang okey tak ni?” tanya Adam.
            Mendengar soalan yang diajukan oleh Adam, Amran bangun dari tilam nipis yang mengalas tempat tidur mereka lalu bergegas ke tandas yang terdapat di tepi dapur. Amran mulai bernafas kencang dan keringat terus bercucuran seperti seorang yang dikejar oleh binatang buas.
            Melihat Amran yang dalam keadaan yang bercelaru membuatkan Adam mengikut Amran dari belakang. Adam hanya menunggu diluar bilik air tanpa sebarang suara dan kedengaran bunyi nafas Amran yang begitu kuat. Apabila Adam mendengar bunyi nafas itu, Adam hanya mendiamkan diri untuk memberi ruang kepada Amran menenangkan fikiran yang kelihatan bercelaru.
            Seketika kemudian kedengaran bunyi pintu bilik dibuka dengan pelan. Amran dilihat keluar dari bilik air dengan keadaan muka yang basah dengan air dan muka Amran kelihatan sedikit pucat berbanding biasa.
“Abang kenapa? Saya tengak muka abang pucat je ni? Abang okey tak ni? Abang tak sihat ke?” soal Adam.
“Abang tak da apa. Abang okey je. Cuma abang mimpi benda buruk je tadi. Tu yang terus basuh muka tu. Jangan risau okey? Jom kita tidur balik.”
            Amran kembali terbaring memikirkan dosa-dosa yang telah dilakukannya sepanjang hidupnya ini. Hal ini membuatkan Amran tidak dapat melelapkan matanya sehinggalah azan Subuh mula berkumandang mengejukkan seluruh penduduk kampung. Amran mulai terlena selepas menunaikan solat Subuh berjemaah bersama seluruh ahli keluarga Pak Husin.

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ