HATI

kehadirannya bagaikan mimpi,
mimpi yang menjadi impian diri,
namun hati harus mempercayai,
engkau wujud menjadi realiti.

mimpi yang indah hanya seketika,
kerna aku hanyalah kedua,
tiada yang sempurna selain dia,
yang mampu memberi engkau segalanya.

engkau pergi ketika gembira, 
pergi diam tanpa berita,
mulut diam tidak mampu berkata,
kerana aku hanyalah satu boneka.

wajahmu sentiasa di hati,
harapan penuh engkau kembali, 
setiap tempat kita lalui,
menggamit memori yang telah pergi.

bila hati mulai kian reda,
dari gelora rindu yang membara,
engkau kembali bagaikan tiada dosa,
umpama bidadari yang suci lagi mulia.


Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ