Selamat tahun baru

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari yang ke sepuluh untuk tahun 2018, atau budak2 skrg akan tlia 2K18 (terasa diri hot sngat).

Tahun baru, hari baru dan juga keadaan yang baru. Usia makin meningkat dan bertambah dari tahun ke tahun. Manusia, pasti akan menuju hari tua. Kan?

Azam tahun baru, semua tolong jangan tanya aku. Seperti tahun yg sudah, aku tidak ada satu pun azam tahun baru, sebb aku tahu sukar untuk aku capai dengan keadaan aku yg sbuk sngat dengan kerja. Tapi yang aku pinta hanyalah pada tahun ini kehidupan aku akan menjadi lebih lancar dari tahun sebelumnya. Amin. Insyallah.

Tahun baru ini juga, aq sudah mendapat tiga undangan untuk perkahwinan kawan2 aku. Sorg buat di KL, sorang lagi di IPOH, dan sorang lagi hanya ada di TAIPING sahaja.

Permulaan tahun baru yang setakat ini masih baik walaupun mggu pertama ni di serang dengan demam, pening dan batuk, tpi kehidupan alhamdulillah masih diteruskan dengan baik.

Tapi bila ada pro, psti akan ada kontra. Betul tak? Tp bab kontra aku tak nak sentuh di sini. Biarlah jalani hidup melalui arus yang telah ditetapkan-Nya. Aku sebagai hamba, hanya menurut.

Akhir sekali, setiap manusia dimuka bumi ini diciptakan dengan pelbagai perangai, rupa dan kehidupan lampau. Tapi kita x sedar, yang itu semua menjadi salah satu pelengkap untuk diri kita ini. Dan begitu juga sebaliknya.

Justeru itu, jadilah manusia yang ikut pendiriaan sendiri. Jadi lah diri sendiri tanpa perlu mengikut acuan manusia lain. Kerana mereka dan kita adalah sama.

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA... 😋

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

MASA