TOPENG PERWATAKAN

Assalamualaikum
aku rasa semua orang di muka bumi Allah S.W.T ini mempunyai sahabat atau seseorang yang begitu rapat dengan diri dia (keluarga x termasuk). psti semua orang ada seseorang yang akan menjadi tmpat untuk meluahkan perasaan sedih dan gmbira yang terbuku dalam hati korang semua kan? tp perlukah kita berubah menjadi seseorang yang bukan diri kita semata-mata untuk memastikan mereka terus selesa berada di samping kita tanpa mengambil kira akan perasaan kita sendiri? kdang2 soalan ni akan timbul jauh di fikiran aq bila aq memikirkan dan membayangkan wajah2 sahabat2 aq.
aq tulis psai benda ni sebab ada juga di kalangan sahabat dan kawan2 aq yang begitu sanggup berubah menjadi seseorang yang padahal dia sendiri tidak selesa dengan perwatakan itu. tapi dia snggup supaya orang lain terima dia. namun, bagi pendapat aq kita sepatutnya x perlu mengubah diri kita semata2 untuk menjaga hati orang lain kerana sepatutnya mereka yang perlu menerima kita seadanya diri kita. bagi aq, aq begitu percaya bahawa perwatakan seseorang merupakan satu kesempurnaan  dan warna yang membezakan setiap orang dalam masyarakat. macam ada owag ckp, kalau kita x trima siapa diri kita sendiri, sapa lagi yang nk terima. kadang2 kalau kita buat baik mcm mana sekali pun, dorang xkan nampak bila kita hanya buat sekali benda yang jahat (tapi jgn la sampai buat bnda yang berdosa pulak?)


Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

MASA