RAHSIA (BAB 1)

BAB 1 : KELUARGA

Pagi itu keluarga Amran memulakan kehidupan harian mereka seperti biasa. Amran sudah bangun dari tidur sejak awal lagi. Sebelum mandi, Amran membuka komputer ribanya untuk memeriksa email sekiranya terdapat sebarang perkhabaran dari rakan sekerjanya di pejabat mengenai projek yang sejak mereka usahakan. Amran merupakan seorang lelaki yang mempunyai kerjaya yang amat berjaya. Dia merupakan seorang usahawan yang sedang mengusahakan kilang perabot yang amat terkenal dalam kalangan masyarakat terutama di negara Malaysia dan Indonesia.
Amran mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Amran memiliki sepasang cahaya mata yang dikuniakan oleh-Nya kepada keluarga. Anak yang pertama sedang bersedia untuk menduduki ujian STPM yang akan menjelang akhir tahun ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh Amran untuk memastikan anak sulungnya itu berjaya dalam kehidupannya. Namun, realitinya apa yang dirancang tidak terjadi. Anak sulung amran yang bernama Khairi lebih gemar melakukan apa yang dia minati sejak dari zaman sekolah menengah lagi iaitu menyanyi.
Khairi mempunyai sebuah kumpulan musik yang lebih menekankan genre musik rock dan kugiran yang dianggotai oleh seramai enam orang rakannya mulai dikenali dan mendapat perhatian banyak syarikat rakaman di Kuala Lumpur ini. Sejak itu, Amran mulai kurang mengambil berat mengenai anak sulungnya itu kerana mereka bertentangan dari segi pendapat dan minat yang membuatkan mereka sering bertengkar untuk menegakkan luahan perasaan masing-masing. Anis yang merupakan isteri kepasa Amran sering kali menjadi orang tengak kepada pergelutan mereka itu kerana tidak ingin perbalahan mereka menjadi pergaduhan yang besar antara anak dan ayah.
Anis seorang isteri yang terlalu baik bagi Amran kerana Anis sering sabar dengan keadaan Amran yang sering cepat naik angin dengan perkara yang tidak disukainya. Jika perkara itu terjadi, Anis akan mulai memainkan peranan beliau dengan menjadi seorang yang bersifat positif untuk mengurangkan kemarahan suaminya itu.
Setelah Amran selesai melimat emailnya, dia berjalan sambil menuju ke ruangan kamar mandi untuk bersiap pergi ke tempat kerja. Pijama yang dipakai oleh Amran mulai dilepaskan satu persatu hingga menampakkan tubuhnya yang masih mempunyai muscle dan tidak kalah dengan anak muda zaman sekarang. Pancuran air hangat mulai dipasang dan menyirami setiap susuk badannya. Walaupun kini usia Amran telah menjangkau angka empat, namun Amran masih memiliki tubuh badan yang cantik  dan tidak seperti pria seusianya yang lain yang telah kelihatan lemah dan tidak menjaga tubuh fizikal mereka. Kulit yang hitam manis membuatankan raut wajah Amran kelihatan amat menarik perhatian setiap wanita yang melihatnya dan tidak terkecuali juga pria yang kadang kala melirik ke tubuh Amran yang amat sempurna bagi pria seusianya.
“Abang, mari turun sarapan. Sarapannya telah siap!!”
Suaran Anis mulai kedengaran dari kamar dapur di tingkat bawah rumah banglo Amran ini. Suara Anis yang kuat membuatkan Amran terkejut ketika sedang mengenakan baju kemeja berwarna putih di kamar atas.
“Ye sayang, sikit lagi abang turun. Abang  tengah pakai baju ni.”jawap Amran sambil membutangkan baju.
Anis mula menaiki tangga sambil menuju ke kamar anak Khairi. Khairi sering terlewat bangun dari tidur hingga menyebabkan surat amaran telah dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada Khairi. Tidak seperti anak bongsunya, Sarah yang sering membantu anis di dapur untuk menyediakan makanan setiap pagi dan juga pada setiap hari liburan. Sarah merupakan seorang pelajar yang mempunyai rekod keputusan yang baik setiap kali ujian. Sarah merupakan seorang pelajar tingkatan tiga di salah sebuah sekolah yang berhampiran dengan kediaman mereka. Seperti Khairi, Sarah juga akan menduduki peperiksaan yang amat penting yang akan menentukan hala tuju hidupnya.
Sarah terlalu mengambil berat mengenai pelajarannya yang menyebabkan dia menjadi anak manja kepada Amran. Segala kemahuan Sarah dari kerperluan sekolah atau peribadi akan disediakan oleh Amran kerana dia berharap Sarah akan mengambilalih perniagaannya apabila dia sudah bersara kelak.
“Mana anak-anak kita sayang? Mana Khairi dengan Anis? Mereka belum bangun tidur lagi ke?” tanya Amran kepada Anis.
“Mereka dah bangun tapi mereka tengah siap. Sikit lagi turunlah mereka tu. Abang makanlah dulu?” jawap Anis sambil menaruhkan nasi goreng ke pinggan Amran.
Beberapa minit setalah Amran bersarapan, terlihat kedua-dua anaknya sedang menuruni tangga dengan berpakaian seragam sekolah sambil menuju ke meja makan. Sarah mengucapkan ucapan selamat pagi sambil menaruhkan nasi ke pinggannya untuk bersarapan. Manakala Khairi hanya mendiamkan diri sambil mengambil roti yang telah dihidangkan dan berlalu pergi.
Anis mengetahui bahawa Khairi masih mempunya perasaan marah kepada ayahnya disebabkan perbalahan yang terjadi antara mereka tempoh hari. Perbalahan yang terjadi hampir menyebabkan mereka bertumbuk sesama sendiri sekiranya Anis tidak meleraiakn mereka berdua. Sejak kejadian itu, hubungan antara Amran dan Khairi mulai renggang dan bertambah buruk dari sebelumnya. Amran tidak mengambil kisah akan masalah ini kerana menurut pendapatnya masalah ini hanya masalah kecil yang tidak perlu diambil kisah.
Setelah selesai bersarapan, Amran mulai bangun untuk pergi ke tempat kerja. Sarah juga mengikuti langkah ayah kesayangannya kerana Sarah sering menumpang ayahnya itu untuk pergi ke sekolah kerana perjalan yang dilalui oleh Amran melalui sekolah Sarah. Ketika pulang dari sekolah pula, Sarah akan dijemput oleh Anis dengan menaiki kereta yang telah disediakan oleh Amran bagi mempermudahkan untuk Anis pergi kemana sahaja. Khairi pula mempunyai kenderaan sendiri iaitu motosikal Yamaha 125Z kesayangannya itu. Motosikal kesayangan itulah yang digunakan oleh Khairi untuk pergi ke sekolah dan untuk pergi membuat latihan persembahan kumpulan musiknya itu.


Sebelum Amran pergi ke pejabat, Anis mencium tangan Amran sebagai tanda sayang antara mereka berdua dan Amran pula mencium dahi Anis. Keadaan ini dilihat oleh Sarah yang menyebabkan Sarah berasa bersyukur mempunyai keluarga yang aman dan saling sayang menyayangi.

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ