PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI 4HARI 3MALAM

Assalamualaikum.

Lamanya tak menulis dekat dalam blog ni. Maklumlah dulu bila takda kerje dan hanya duduk dekat rumah jer, bolehlah update selalu blog ni. Tapi sekarang ni bila sudah bekerja dan jadual kerja yang selalunya berubah (maklumlah kerje shift), jadi nak menulis memang tak ada masa sungguh. Tak tahulah bila nak menulis balik.

Tapi alhamdulillah setelah berapa bulan tak ambik cuti, akhirnya 26hb Mac aritu aku ambiklah cuti setelah hampir lima bulan buat perancangan dengan abang angkat aku untuk bercuti dengan harapan dapat menghilangkan stress kehidupan yang begitu banyak. Tapi seperti biasa, lepad dari cuti mesti akan banyak kerje dan stress akan bertambah2.

Trip kali ni kami pergi dekat2 jer dlu sebab kan masa yang begitu singkat dan duit yang buat masa sekrang ni ciput, jadi kami buat keputusan untuk pergi Pulan Langkawi sahaja untuk trip awal tahun ni. Dengan berbekalkan bajet sebanyak rm1500.00 akhirnya percutiaan empat hari tiga malam (4H3M) telah berjaya.

Untuk hari pertama semuanya berjalan dengan lancar, kami naik ETS dari KTM IPOH dan turun ke KTM ARAU dengan bajet RM46 seorang dan rm27 untuk pemegang kad OKU, akhirnya kami sampailah ke KTM ARAU. Dari KTM ARAU kami perlu naik teksi untuk pergi ke JETTY KUALA PERLIS dan tambang untuk kesana pula hanya rm26. harga untuk pergi ke sana memang telah ditetapkan dan tidak perlulah risau kalau takut kene tipu dari segi harga.

Tapi yang mengecewakan adalah bab makan, sebab kalau pada waktu malam JETTY KUALA PERLIS ni aku dengan terkenal dengan GERAI IKAN BAKAR. Tapi bila waktu tengah hari tak banyak kedai yang bukak dan hanya yang aku nmpak kedai mamak saja yang bukak. Jadi pada yang nak pergi tu, pastikan makan siap2lah atau beli dulu makanan dalam ETS untuk alas perut.

Sampai sahaja di PULAU LANGKAWI, semua tempat kami jelajah bila moto dapat ditangan. dari KUAH, AIR HANGAT, PANTAI CHENANG, PADANG MATSIRAT dan banyak lagi. Shoping complex jangan cakaplah semuanya kami masuk. Dari segi barang, ada yang bagi pendapat aku murah dan ada jgak yang hampir sama dengan harga di tempat lain.

MAKAM MAHSURI

PADANG MATSIRAT

UNDERWATER WORLD PANTAI CENANG

UNDERWATER WORLD PANTAI CENANG



Tapi paling mengecewakan adalah hanya bab makanan, sebab aku dan abang angkat aku memang suka mencuba pelbagai jenis makanan terutama yang jenis tradisional, jadi kami ingat di Langkawi mesti banyak makanan yang menunjukkan identiti tempat tu, tapi sayang. Banyak tempat lebih menyediakan jenis makanan yang sama iaitu Siam dan Western. Sampai tak ada makanan yang menunjukkan identiti pulau bersejarah itu sendiri. Cukup sayang.

SKY CAB DI ORIENTAL VILLAGE

SKY 3D DI ORIENTAL VILLAGE


Aku kalau nak cerita banyak sangat dekat dalam ni pengalaman dekat Langkawi memang aku kene tulis novel lah kut. Jadi aku hanya mampu shared gambar dan juga senarai harga untuk semua aktiviti yang aku pergi dekat PULAU LANGKAWI ni. Harap semua okey

SEWA MOTOSIKAL : RM40.00 (SATU HARI)
SEWA HOTEL : RM90.00 (SATU MALAM)
FERRY : RM18.00
MAKAM MAHSURI : RM12.00
UNDERWATER WORLD : RM36.00
SKYCAB : RM55.00
GALERI PERDANA : RM5.00
WILDLIFE : RM24.00




KESIMPULANNYA, semuanya adalah okey. Cuma ada masalah dari segi makanan sahaja bagi pendapat aku. Untuk memcuba sesuatu yang baru seperti makanan tradisional untuk ssbuah negeri, memang susah nak dapat dekat langkawi yang lebih banyak menyediakan makanan yang berunsur barat. Selain dari itu, ALHAMDULILLAH semuanya selamat dan berjaya.

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN

NOVEL GRAFIK @ GEMPAK STARZ