Posts

SALAM LEBARAN 2020

Image
ASSALAMUALAIKUM... Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa di bulan RAMADHAN, akhirnya kita kembali di bulan menyambut kemenangan setelah sebulan menahan nafsu dan diri. Hari di mana kita ummat Islam menyambut kemenangan. Takbir Aidil Fitri bakal bergema di langit menandakan hari raya sudah menjelang. Tradisi mohon maaf sesama manusia akan dilakukan di pagi raya. Namun berbeza untuk kali ini. Ada yang terpaksa memohon maaf dengan menjadikan alam maya sebagai satu cara berhubung dengan orang yang tersayang. Tetapi itu bukan menjadi satu halangan untuk mengekalkan hubungan silaturahim itu, bukan?  Maka marilah kita bermohon maaf dengan orang yang tersayang dan orang disekeliling kita. Agar segala dosa dan salah silap kita selama satu tahun sebelum ini terampun dan menjadi kosong-kosong. Lantas dengan ini, saya Ezad Marzuki ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Memohon ampun atas kesilapan yang sengaja mahupun tidak disedari akan perbuatannya. Semoga tiada ...

KATA² ORANG DUHULU

Image
Orang tua pernah berkata, Jangan terlalu gembira, Takut tangis yang menyusul pula. Jangan terlalu sayang, Takut itu semua akan hilang.   Adakah orang dahulu seorang pendeta atau penilik?  Bagaimana mereka tahu akan semua yang bakal berlaku? Atau mereka hanya manusia biasa? Yang ada rasa gembira dan sayang dalam jiwa. Pernag rasa tangis dan hilang dalam hidup? Tapi aku manusia biasa. Manusia yang hidup di zaman sekarang.  Tidak perlukan apa untuk membuktikan ia benar. Bahawa semuanya tidak akan kekal lama. Jiwa mampu menjadi kosong, hilang dan pudar. Kata sayang mampu hilang dan lenyap sekelip mata. Kerana mereka dan aku adalah manusia.  Tetapi, Jika aku tahu akan semua itu, Kenapa masih aku bermain dengan perasaan? Kenapa masih aku terjun dalam lumrah perhubungan tidak kekal ini? Kenapa?

RINDU

Image
Tulis? Berbulan tak menulis. Luah?  Hati bagaikan sudah keras untuk meluahkan apa yang ada. Ada masa ia sedih, ada masa ia gembira. Datang tanpa diundang, pergi tidak dihalau. Jadi apa yang harus aku isikan dalam coretan ini?  Apa yang perlu aku coretkan untuk menyatakan ketidakpuasan hati aku ini. Adakah perlu aku melangkah kaki atau aku melanhkah menghadapi dan memaki dirinya agar dia paham apa yang aku mahukan? Adakah itu akan mendatangkan kebaikan atau keburukan? Jadi apa jalan yang perlu aku ambil? Adakah hanya diam dan berharap kebahagiaan datang sebentar dan berlalu pergi selepas itu?

BERAKHIRNYA 2019?

Image
Lagi beberapa hari, maka berakhir tahun 2019. Maka muncul tahun yang baru pula. Tahun 2020 .  Selalu orang pasti akan sembang dan perbahaskan apa yang telah kita lakukan pada tahun 2019. Dan apa pula harapan yang nak dibuat pada tahun berikutnya.  Tapi aku cuma nak bagi tahu apa kenangan yang ada pada tahun 2019. Sebab biarkan semua ini jadi kenangan untuk aku. 1) Tempat Kerje. Sebelum ni, selama hampir empat tahun aku berada di tempat yang sama. Memandang bangunan yang sama. Melihat pelangan yang sama. Dan menempuhi dugaan yang sama. Awal tahun aku telah ditukarkan ke tempat baru, dimana aku mengenali keluarga yang baru. Keluarga yang mungkin aku boleh kata mampu naik segila dengan aku. Mampu ikut dengan apa yang aku ingin kan. Bukan nak kata yang sebelum ni tidak bagus, tapi dengan perubahan ini aku dapat mengenali ramai lagi manusia dan kerenah. Dari yang sudah tua hingga paling muda. Dari yang nampak matang hingga kebudak budakan. Betul kata manusia...

BERUBAH

Image
Seperti yang aku katakan sebelum ini. Manusia boleh berubah bukan? Satu satu sisi yang lain, menjadi satu sisi yang lain. Dari seseorang yang kita begitu selesa, menjadi seseorang yang kita tidak kenal siapa. Dari seseorang yang begitu kita percaya, mampu bertukar menjadi seorang yang mampu menyakiti diri kita.  Manusia, satu susuk tubuh ciptaan Tuhan yang penuh dengan misterinya. Misteri yang tidak mampu untuk diungkai oleh manusia itu sendiri. Tetapi sampai bila? Sampai bila untuk manusia lain tersakiti disebabkan perubah manusia lain itu. Sampai bila manusia harus menanggung rasa dihiris setelah hati dan jiwa diberikan pada manusia itu.  Siapa yang tahu bukan? Namun, atas perubahan itu bukan tidak ada baiknya.  Perubahan sebaliknya mampu untuk berlaku dalam diam. 

AKAN TIBA MASANYA

Image
Selagi, awak tidak mencintai atau dicintai. Izinkan saya untuk menjaga diri awak.  Itu kata, itu janji yang pernah keluar dari mulut aku sendiri kepada diri dia di satu malam. Aku tidak tahu, kenapa aku mampu mengeluarkan kata2 seperti itu kepada dia. Sedangkan aku tahu yang semua benda itu adalah begitu mustahil. Bahkan, mampu untuk tidak menjadi kenyataan.  Mungkin benar kata orang, bila sudah sayangkan seseorang itu, semua benda kita terasa mampu untuk dilakukan. Tapi sampai bila janji itu mampu untuk aku pegang? Adakah untuk dua tahun lagi? Atau selamanya? Banyak perkara yang mula bermain di fikiran aku. Otak aku seakan berfungsi dikala bawah sedar. Aku sepertinya tidak mampu untuk hilangkan dari terus berfikir mengenai dia. Ada yang kata, lebih baik aku tetap disamping dia sehingga dia mampu untuk berdiri. Namun tahap apakah aku perlu lihat berdirinya dia?  Entah lah. Aku seakan sudah bosan. Bosan dengan permainan hati yang tidak pernah habis. Tidak perna...

PERNIPUAN DALAM HUBUNGAN

Manusia sekarang hidup dalam dunia yang penuh dengan pembohongan serta pernipuaan. Ada saat dan ketika, manusia sendiri bagaikan begitu selesa untuk hidup dalam dunia pembohongan itu sendiri kerana apa yang ada disitu adalah apa yang mereka mahukan. Walau tidak kekal, tapi mereka tetap inginkannya. Manusia ada berkata, bawaha penipuan ini ada pelbagai jenis. Bohong sunat ada. Bohong tak sunat pun lagilah ada. Jadi berapa jenis sebenarnya yang ada dalam dunia pembohongan ini? Aku tidak pakar dalam perkara ini, tapi aku cuma ada terlintas akam pembohongan yang ada dalam satu perhubungan. Perhubungan antara sahabat, perhubungan antara ahli keluarga, dan juga perhubungan antara kekasih? Jangan teruskan pembohongan anda semua dengan mengatakan bahawa tidak pernah sekalipun dalam hidup menipu dalam salah satu perhubungan itu. Manusia ini adalah makhluk yang lemah. Kadang mengunakan pembohongan itu kerana itulah cara yang paling terbaik mampu mereka lakukan. Ada yang cuba dengan sepenuh ha...