RAHSIA (BAB 4)
BAB 4 : KAMPUNG SILAH Ahli jemaah Surau Kampung Silah mulai kelihatan bersantai di perkarangan surau sambil berbual bersama jemaah yang lain setelah selesai menunai solat fardu Isyak. Dari pintu hadapan surau kelihatan susuk tubuh Pak Husin, Adam, Amran dan Hafis yang merupakan adik bongsu kepada Adam. Jemaah surau yang sedang berbual di tangga surau berasa hairan kerana mereka tidak pernah melihat Amran sebelum ini di kampung mereka itu dan tambah menghairankan selama keluarga Pak Husin menetap di kampung itu, mereka tidak pernah dikunjungi oleh sesiapapun melainkan penduduk kampung itu sendiri. Pak Husin yang sedang menuruni tangga dapat merasakan bahawa sesetengah jemaah surau memerhatikannya dengan penuh persoalan di minda mengenai susuk lelaki yang baru sahaja hadir dalam keluarga mereka itu. Pak Husin yang Baru sahaja ingin menyarungkan kasut ...