Posts

BLOG KHAS

assalamualaikum... dah lama aq x update aq pnye blog ni. biasalah sekarang ni sibuk sikit dengan final exam stpm.. insyallah lagi dua paper aq aku tamat sekolah menengah dengan rasminya. sekarang lah masanya mengimbau kembali kenangan sepanjang aq masuk form six ni. da yang suka dan da yang duka. tp sekarang aq bukan nk kongsikan kisah sekolah aq, aq cuma nk bagi tau aq da buat blog lagi satu yang aq khaskan untuk semua penulisan aq. aq sekarang ni macam seronok plak nk tulis kisah owang2 yang disekeliling aq dan menjadi satu cerita yang sering owang impikan untuk terjadi dalam hidup mereka. tapi aq bukanlah macam owag lain sebab aq pun da masukkan cerita yang bukan menjadi satu budaya owang timur macam kita ni. (kowang2 pham2 la). x bermakna aq sokong cuma mereka juga manusia. jadi aq saja suka2 tulis mengenai merek. dan kepada siapa yang ingin baca pa yang aq tulis, bleh klik kat link bawah ni tuk tngak blog aq lagi satu. (anak marzuki story) http://anakmarzukistory.blogspot.com/ ...

HATI

kehadirannya bagaikan mimpi, mimpi yang menjadi impian diri, namun hati harus mempercayai, engkau wujud menjadi realiti. mimpi yang indah hanya seketika, kerna aku hanyalah kedua, tiada yang sempurna selain dia, yang mampu memberi engkau segalanya. engkau pergi ketika gembira,  pergi diam tanpa berita, mulut diam tidak mampu berkata, kerana aku hanyalah satu boneka. wajahmu sentiasa di hati, harapan penuh engkau kembali,  setiap tempat kita lalui, menggamit memori yang telah pergi. bila hati mulai kian reda, dari gelora rindu yang membara, engkau kembali bagaikan tiada dosa, umpama bidadari yang suci lagi mulia.

RAHSIA (BAB 4)

BAB 4 : KAMPUNG SILAH             Ahli jemaah Surau Kampung Silah mulai kelihatan bersantai di perkarangan surau sambil berbual bersama jemaah yang lain setelah selesai menunai solat fardu Isyak. Dari pintu hadapan surau kelihatan susuk tubuh Pak Husin, Adam, Amran dan Hafis yang merupakan adik bongsu kepada Adam. Jemaah surau yang sedang berbual di tangga surau berasa hairan kerana mereka tidak pernah melihat Amran sebelum ini di kampung mereka itu dan tambah menghairankan selama keluarga Pak Husin menetap di kampung itu, mereka tidak pernah dikunjungi oleh sesiapapun melainkan penduduk kampung itu sendiri.             Pak Husin yang sedang menuruni tangga dapat merasakan bahawa sesetengah jemaah surau memerhatikannya dengan penuh persoalan di minda mengenai susuk lelaki yang baru sahaja hadir dalam keluarga mereka itu. Pak Husin yang Baru sahaja ingin menyarungkan kasut ...

TAMAT FORM 6

Image
insyallah 2hb12 merupakan tarikh akhir aq digelar sebagai budak sKolah dan upper six. sedih rsanya bila tringgat yang akan tinggalkan sekolah yang tujuh tahun menjadi tempat aku belajar. dkat SMKJJ lah aq kenal erti PERSAHABATAN, MUSUH, RAKAN, KASIH, n macam2 lagi lah. n bagi form 6 plak walaupun hanya satu tahun stengah je aq bersama dengan kwan2 aq ni, tp aq masih akan rindu mereka lepas tamat skolah nnt. depa banyak tlag aq dari segi pbs, belajar n mcm2lah yang ssh aq nk ckap. kat form6 ni la ada pergaduhan, bermsam muka, tidak puas hati n paling best kelas yang paling riuh. kepada smua rakan 6A1, aq nk mntak maaf kalau da wat salah n silap pd korang n aq doakan kita semua akan berjaya dalam hidup. Isnyallah... truskan usaha anda... CHAIYOK..... CHAIYOK.... ENCIK SUBRA (SEJARAH n GURU KELAS 2013) ENCIK CHANDRAN (PENGAJIAN AM) ENCIK FANDAUS (PENGAJIAN PERNIAGAAN) PUAN HASHIMAH (BAHASA MELAYU) PUAN ZAMILA (MUET n GURU KELAS 2012) MAJLIS PRA-GRADUASI SPM n STPM (27.1...

MISKIN dan KAYA

sebelum ni ada seorang hamba  Allah S.W.T cakap kat aq yang sebenarnya bila kita mnjadi seorang yang miskin lebih seronok dari kita menjadi seorang yang kaya. bagi pendapat dia, bila kita mnjadi seorang yang miskin, kita dapat menganal erti persahabatan yang tidak mungkin diperolehi sekiranya kita kaya. bila miskin, kita akan kenal erti perkongsian, bantu membantu, share, tong-tong n macam2 la. tapi bila kita  kaya, dinafikan yang berkemungkinan yang semua orang di sekeliling mempunyai niat yang lain atas hubungan persahabatan. jadi kalau kita hidup miskin pun, mungkin smuanya ada hikmah disebaliknya. insyallah. tp ni x bermaksud yang jad owang kaya x elok ye? x slah kalau kita bekerja keras untuk berhijrah dari hidup yang miskin atau sederhana kepada hidup yang lebih senang atau kaya.

RAHSIA (BAB 3)

BAB 3 : PERTEMUAN Hari ini sudah genap sebulan Adam bekerj sebagai pembantu peribadi Amran. Kemana sahaja yang Amran pergi, Adam akan mengikuti dengan penuh patuh. Kini dia sudah biasa dengan persekitaran yang mewah kerana setiao tempat yang Amran pergi adalah tempat yang bertaraf tinggi jadi dia perlu membiasakan diri untuk tidak nampak kekok. Genap sebulan juga menandakan bahawa hari ini adalah hari akan mendapat gaji. Macam-macam perkara yang terlintas difikirannya untuk dibeli dan dibawa ke kampung dan diberikan kepada keluarga. Terbayang di fikirannya memikirkan kegembiraan yang akan terukir di wajah ibu dan ayahnya apabila dia pulang membawa keperluan yang tidak pernah keluarga mereka rasai. Adam telah memohon cuti kepada Amran kerana dia ingin pulang ke kampung untuk melawat keluarganya yang sudah lama tidak berjumpa. Adam meminta cuti selama tiga hari untuk melepaskan rindu kepada keluarga. Amran memahami penderitaan yang dialami oleh Adam kerana telah berjauhan dengan ...

RAHSIA (BAB 2)

BAB 2 : JAWATAN KOSONG Setelah Amran sampai ke pejabat, segala masalah keluarga yang dihadapinya diletakkan di tepi kerana Amran tidak mahu masalah yang dihadapi menganggu kualiti kerjanya. Seluruh kakitangan Amran mengetahui bahawa Amran merupakan seorang ketua dan juga bos yang mempunyai wawasan yang tinggi dalam mencapai apa yang dia inginkan. Amran merupakan seorang lelaki yang akan menumpukan sepenuh perhatian dalam sesuatu perkara sekiranya dia menginginkannya. “Tuan, seorang lelaki sedang menunggu di luar untuk ditemuduga bagi jawatan kosong yang kita siarkan tu. Boleh ke dia masuk?”. Pekerjaan yang dilakukan oleh Amran terhenti apabila setiausahanya memasuki bilir kerjanya. Lantas baru teringat di fikirannya bahawa dia pernah menyuruh setiausahanya menyiarkan jawatan kosong yang terdapat di kilangnya di dalam ahkbar untuk mencari pengganti yang baru. Pekerja yang lama telah berhenti akibat usia yang telah lanjut menyukarkan pekerja tersebut untuk melakukan tugas-tugas y...